Jota Hamburkan Pujian Kepada Henderson Di Atas Segala Yang Terjadi Kini

Diogo Jota mendedahkan pesanan teks yang dihantar Jordan Henderson kepadanya sebelum beliau tiba di kompleks latihan Liverpool sebelum ini.

Diogo Jota telah membuat permulaan yang luar biasa untuk kariernya di Liverpool.

Pemain Portugal itu menjaringkan hatrik semasa kemenangan Liga Juara-Juara 5-0 ke atas Atalanta pada Selasa.

Jota berjaya mencetak tujuh gol dalam 10 penampilan sejak perpindahan GBP45 juta dari Wolves.

Bagaimana dia dapat menyesuaikan dengan cepat di Anfield?

Jota tiba tiba menyebut nama  kapten Jordan Henderson di atas penyesuain dirinya dalam pasukan baharunya.

Jota malah mendedahkan apa yang dikatakan Jordan Henderson sebelum menyertai sesi latihan pertama pasukannya.

“Bahkan sebelum saya tiba untuk sesi latihan pertama saya, dia sudah mengirim SMS kepada saya, mengatakan bahawa dia akan berada di sana untuk sentiasa bersedia membantu saya, mengucapkan selamat datang,” jelas Jota.

“Ini adalah perkara besar bagi saya dan saya tidak menjangkakannya dan saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan untuk itu.”

Selepas prestasi luar biasa Jota menentang Atalanta, Jurgen Klopp nampaknya perlu memilih sama ada Diogo Jota atau Roberto Firmino sebagai pemain kesebelasan utama.

Wartawan turut bertanya kepada Klopp tentang isu pemilihan pemain beliau selepas ini. Adakah beliau akan berada dalam dilema dan sakit kepala dalam pemilihan pemain?

Jota ataupun Roberto Firmino?

Klopp menegaskan prestasi terbaik oleh mana mana pemain, adalah sentiasa bukan satu masalah yang membuatkan beliau sakit kepala.

Ianya adalah perkara yang bagus. Klopp juga tidak selesa dengan pihak yang mengkritik Firmino pada hari meraikan kecemerlangan Jota.

“Persembahan yang baik tidak pernah membuat saya sakit kepala. Untuk malam ini, itulah keputusannya, ”kata Klopp.

“Sudah jelas bahawa malam ini masuk akal untuk menggunakan kondisi terbaik Diogo dan kerana cara Atalanta bermain dan bertahan, jadi skill Diogo masuk akal [untuk beliau digunakan dalam perlawanan ini].”

“Tetapi, itu tidak bermaksud apa-apa.”

“Dunia kadang-kadang adalah tempat yang sangat kejam, sehingga pada saat seseorang bersinar maka kita segera bercakap mengenai pemain lain yang bermain untuk kita – rasanya – 500 permainan berturut-turut.”

“Kami tidak akan berada di Liga Juara-Juara Eropah jika Bobby Firmino tidak bersama kami.”

“Dan segera saya harus menjelaskan mengapa dia tidak berada dalam pasukan. Dia akan berada dalam pasukan.”

“Ramai orang di dunia, jika anda bertanya kepada mereka apa yang membuat Liverpool istimewa pada hari tertentu, mereka akan mengatakan, ianya kerana cara Firmino bermain.”

“Dia memang melakukannya, pada hari yang bagus, ini bukan kenyataan untuk membela.”

“Bagi kami, adalah sangat penting untuk kami mempunyai lebih daripada 11 pemain dan malam ini Diogo menggunakan bentuknya [shape] dengan cara yang luar biasa dan memainkan permainan yang hebat sekali.”

“Tetapi itu tidak ada kaitan untuk bercakap mengenai Bobby dan tidak ada kaitan dengan sakit kepala [dalam memilih siapa yang patut bermain].”

“Saya lebih gembira pemain saya bermain seperti mereka bermain malam ini.”

Roberto Firmino telah menjadi pemain sistem dalam pasukan Jurgen Klopp. Beliau merupakan deep lying forward yang dikenali dengan kemampuannya melengkapkan sistem permainan.

Firmino menjadi pemain yang membantu Liverpool menjulang kejuaran UCL dan EPL sebelum ini.

Baca yang lain