Liverpool berdepan dengan satu lagi masalah kecederaan, kali ini melibatkan Diogo Jota.
Pemain antarabangsa Portugal itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lututnya selepas aksi Liga Juara Juara Eropah menentang Midtjylland sebelum ini.
Menurut laporan, Diogo Jota akan berehat sekitar 2 bulan kerana kecederaan tersebut yang ternyata lebih serius daripada yang dijangka.
Ini bermakna Jota hanya akan kembali ke atas padang pada Februari tahun hadapan.
Diogo Jota telah menjadi salah seorang pemain penting dan menunjukkan aksi luar biasa sejak tiba dari Wolves dengan nilai £41 juta.
Jota boleh dikatakan melepasi jangkaan semua. Beliau berjaya memberikan dilema kepada Klopp dalam pemilihan kesebelasan utama dalam tempoh yang singkat sejak tiba.
Bukan mudah untuk menjadi pesaing kepada trio serangan Liverpool ketika ini, namun Jota ternyata melakukannya dengan cemerlang.
Jota sudah menjaringkan 9 gol daripada 17 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.
Kehilangan Jota adalah satu masalah untuk Liverpool menghadapi minggu minggu padat menjelang Natal.
Diogo Jota is set to be out for two months with the knee injury he sustained against Midtjylland, meaning he could miss crucial games with Spurs, Man United and Man City. [Daily Mail] pic.twitter.com/kzF6ElqmbA
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) December 12, 2020
Klopp kini kehilangan pemain back up untuk trio serangannya.
Jika benar Jota terpaksa berehat dua bulan. Maka beliau akan terlepas aksi besar berdepan Tottenham, Manchester United dan Manchester City dalam tempoh tersebut.
Klopp berkata dalam sidang media pra-perlawanan menjelang perlawanan mereka dengan Fulham: “Kami ada perlawanan (menentang Midtjylland) dan setelah perlawanan kami jelas ada beberapa masalah kepada beberapa pemain, mungkin situasi lebih teruk daripada dijangkakan, kami harus melihatnya. Diagnosis pemain belum sepenuhnya dilakukan.”
“Kostas (Tsimikas) kita harus pantau, Diogo kita harus pantau kondisinya – dia juga mengalami kesakitan – daripada perlawanan tersebut.”
“Selain itu, Alex Oxlade-Chaimberlain berlatih biasa. Dia telah melakukan beberapa bahagian latihan sekarang selama seminggu atau lebih, dia sekarang sedang menjalani latihan penuh dan kita akan melihatnya.”
“Oleh itu, keadaan mungkin memaksa agar dia terlibat secepat mungkin.”
Bintang Liverpool lain yang kini tidak beraksi termasuk Virgil van Dijk, Joe Gomez, Thiago, James Milner dan Xherdan Shaqiri.
Allison dilihat sudah kembali menjalani latihan.