Jual Buah Pinggang Demi iPad 2 & iPhone 4, Lelaki Ini Terlantar Di Katil Seumur Hidup

Daripada hanya bergurau di internet menyatakan dia mahu menjual buah pinggang untuk membeli iphone, seorang lelaki kemudian benar benar melakukannya.

Kehendak yang terlalu tinggi dengan ketidakmampuan secara finansial membuatkan Wang Shangkun benar benar mencari kebenaran, sama ada boleh ke tak dia menjual buah pinggangnya demi mendapatkan iPhone 4 dan iPad 2 buatan Apple.

Dia terjumpa satu portal di internet di mana ada perbincangan tentang jual beli buah pinggang.

Dia akhirnya menjual buah pinggangnya dan mendapat produk Apple idamannya. Ketika itu dia baru berusia 17 tahun, pada 2011.

Namun selepas itu dia berdepan dengan masalah besar dalam hidupnya. Akibat kehilangan satu buah pinggangnya, dia tidak boleh melakukan aktiviti berat. Musibah lain turut menimpanya kemuydian.

The Mirror melaporkan bahawa Wang Shangkun tidak membuat konsultansi sebaiknya terlebih dahulu ketika memutuskan mahu menjual buah pinggangnya.

Semuanya kerana terdesak, dan simptom biar miskin asal bergaya. Dia mahukan iPhone 4 dan iPad 2 keluaran terbaru ketika itu.

Wang Shangkun memutuskan untuk menjual satu buah pinggang. Harga untuk satu buah pinggang ialah 22,000 Yuan ataupun sekitar RM14,400.

Angka itu lebih daripada cukup untuk memiliki dua peranti idamannya dan juga idaman muda mudi seluruh dunia ketika itu.

Pembedahan berjalan dengan lancar.

Pengambilan organ turut dijalankan. Buah pinggang tidak murah, tetapi Shangkun seharusnya memikirkan bahawa masa depannya jauh lebih mahal.

Ada kesan parut yang menyebabkan Wang Shangkun menderita. Selepas pembedahan keadaannya semakin teruk. Proses pembedahan yang dijalaninya sebenarnya tidak menepati piawaian sebenar.

Di China, ramai doktor tidak bertauliah membuka klinik yang menawarkan prosedur pembedahan yang tidak standard. Mereka hanya memikirkan soal keuntungan.

Banyak kos pembedahan daripada doktor doktor haram ini kosnya lebih rendah termasuk pembedahan plastik.

Sebab itu masih ramai orang China yang pergi ke klinik klinik seperti ini.

Dia menahan kesakitan bertahun tahun, dan akhirnya dia meluah kepada ibunya tentang penderitaan yang dia alami.

Tetapi segalanya bermula apabila ibunya melihat dia memakai telefon dan ipad mahal. Ibunya mendapat tahu daripada jiran jirannya yang memberitahu bahawa harga peranti di tangan Shangkun itu bukan calang calang.

Mengetahui anaknya bukanlah orang bergaji besar, maka si ibu bertanya, dari mana dia mendapat wang untuk membeli telefon dan ipad tersebut.

Shankun memberanikan diri untuk memberitahu ibunya keadaan sebenar. Katanya, demi peranti pintar idaman itu, dia kehilangan satu buah pinggang.

Ibunya kemudian berkongsi cerita itu dengan saudara terdekat mereka. Sehingga akhirnya kes itu sampai ke pengetahuan polis.

Saya tidak tahu siapa yang memulakannya, tetapi nampaknya kisah malang Shangkun telah sampai ke telinga pihak polis. Mereka yang terlibat dalam pembelian dan penjualan buah pinggang Shangkun turut didakwa. Terdapat 9 individu diberkas.

Ironinya Wang Shangkun, kehilangan buah pinggang dan kehilangan kesihatannya.

Keputusan Wang Shangkun untuk membeli Apple iPhone 4 dan iPad 2 ternyata sangat tidak betul. Kedua-dua gajet itu tidak pernah memberikan kebahagiaan kepadanya.

Malah saban tahun Apple mengeluarkan gadjet baharu yang lebih advance.

Selepas itu, Shangkun dan keluarganya berhabis wang untuk merawatnya. Kos dialisis sangat mahal.

Bercakap kepada CNTV, Wang Shangkun menegaskan bahawa dia menjual buah pinggangnya selepas tawar menawar dengan seseorang di internet.

Akhirnya mereka mencapai kesepakatan harga.

Shangkun berkata: “Masa tu saya nak beli iPad 2, tapi tak ada duit.”

“Ketika saya melayari internet, ada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen penjual buah pinggang. Dan menawarkan saya 20k yuan.”

Ejen tersebut memujuknya bahawa, kenapa dia perlukan 2 buah pinggang sedangkan 1 je dah cukup. Dia pun termakan pujuk rayu.

Fox News melaporkan, Shangkun yang tidak dapat bekerja berat. Dan  hanya mengharapkan bantuan daripada badan kebajikan dan mereka yang pemurah.

Dia semakin sukar menanggung kos rawatannya.  Lebih teruk dia kini hanya terlantar di atas katil untuk selama lamanya kerana kegagalan organ. Prosedur pembedahan dilakukan dahulu ternyata prosedur tangkap muat.

Baca yang lain