Roman Riquelme sentiasa menjadi salah satu pemain yang menghiburkan dalam peranan nombor 10.
Bekas pemain Argentina ini mempunyai bakat unik, membawa permainan dengan gayanya tersendiri bagi menghiburkan ribuan penonton.
Ruiqelme merupakan seorang pemain yang berada dalam kelas tersendiri dan digelar sebagai pakar hantaran.
Negara yang melahirkan ramai pemain hebat seperti Diego Maradona dan Lionel Messi, mencatat rekod yang belum pernah dilakukan oleh pemain sebelumnya.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain nombor 10 yang tidak memenangi piala atau pengiktirafan dunia, tetapi mempunyai bakat semulajadi yang hebat.
Ia adalah lagenda Juan Roman Riquelme
Dilahirkan sehari sebelum Argentina menjulang Piala Dunia 1978, Riquelme dibesarkan di sebuah kota kecil pinggir Bandar Buenos Aires, San Fernando.
Sebuah kawasan hitam dan sentiasa menjadi kegelisahan masyarakat setempat pada waktu itu.
Ayahnya merupakan ketua kumpulan gangster. Ketika Riquelme remaja dia sering dipujuk oleh bapanya supaya mengatur keputusan perlawanan bagi memenangi perjuadian haram.
Riquelme juga pernah membayar wang tebusan berjumlah setengah juta bagi menebus saudaranya yang diculik.
Riquelme mempunyai sikap merendah diri yang tidak pernah membenarkan status selebritinya menjadi kenyataan.
Terkenal kerana kemampuannya mengingati kesemua nama-nama pekerja di kelab, wartawan dan semua orang yang ditemuinya.
Petikan dari seorang pemandu teksi di Buenos Aires yang pernah ditulis,
“Terdapat satu hal yang saya hormat tentang Roman, dia adalah satu-satunya pemain negara ini apabila memiliki bola dan dia boleh memberi tahu Maradona gemuk F* Off”
Keghairahan, bakat dan dedikasi Riquelme dicurahkan selama 14 tahun bersama kelab gergasi Argentina.
Ketika ramai bintang negara ini menghabiskan karier di eropah, Riquelme menghabiskan banyak masa di negaranya sendiri.
Atas sebab ini, dia lebih menjadi idola berbanding Messi di negaranya.
Pada akhirnya dia menyedari dirinya tidak diperlukan dan tidak dimanfaatkan di Barcelona, sebuah kelab yang mempunyai tumpuan besar dari seluruh peminat bola sepak di dunia dan dengan mudah untuk pemain menonjolkan diri.
Apabila Louis van Gaal tidak mahu menggunakan Riquelme di posisi kegemarannya, pemain ini memohon untuk dilepaskan bagi mencari peluang di kelab lain.
Ketika itulah dia dipinjamkan ke Villareal dan seterusnya menjadi pemain kekal disana.
Riquelme membawa mereka mara ke separuh akhir Liga Juara Eropah namun tewas kepada Arsenal selepas dia gagal menyempurkan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan di El Madrigal.
Namun kegagalan itu tidak menjejaskan reputasi Riquelme kerana semua orang tahu Villarreal tidak mampu melepasi peringkat kumpulan tanpanya.
Gayanya menarik minat ramai peminat. Zinedine Zidane memilih untuk bertukar jersi dalam salah satu perlawanan.
Walau bagaimanapun dia tidak terlepas dari kritikan.
Segelintir meragui tentang work rate pemain ini. Namun apa yang para pemerhati melihat pemain ini adalah, dia membaca permainan lebih cepat dari pemain lain.
Apabila dia 1-2 saat lebih cepat memahami pergerakan bola maka dia sudah berada di tempat yang betul. Larian tidak lagi menjadi keperluan.
Playmaker ini mempunyai naluri yang kuat.
Memang Argentina mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014 tetapi Argentina bermain bola sepak paling menarik dalam era moden pada 2006 dengan Riquelme menjadi nadi utama.
Selepas menjadi bintang dalam peringkat kumpulan, Riquelme mencipta bantuan gol kepada Roberto Ayala ketika bertemu Jerman di peringkat suku akhir.
Argentina mendahului 1-0, kecergasan Riquelme merosot dan dia dikeluarkan.
Lapan minit kemudian Miroslav Klose menyamakan kedudukan dan Jerman menang melalui penentuan sepakan penalti.
Kisah politik, perselisihan dan penculikan saudaranya seterusnya dia mengakhirinya karier bersama Argentina selepas bermain 51 kali.
Pada tahun ke-2 terakhir bersama Argentina, dia menjaringkannya 9 gol.
Di hujung karier, dia kembali menyertai kelab ketika remajanya, Argentinos Juniors dan membantu mereka meraih promosi ke liga utama.
Kemahiran dan tekniknya mengawal bola seperti ‘mempersendakan dan memperolokan’ pemain lawan.
Ia merupakan paparan kreatif Riquelme yang memberi seyuman kepada ribuan penonton.
Tentu saja dia layak untuk digelar pemain yang menghiburkan.