Juara GP Styria, Miguel Oliveira Nekad Kahwin Adik Tiri Sendiri

Setelah kemenangan besarnya di Styria Series pada hari Ahad minggu lalu, nama Miguel Oliveira meningkat naik.

Itu adalah kejuaraan siri MotoGP pertamanya bersama dengan KTM. Selain itu ia juga podium pertama di dalam kariernya.

Seterusnya, dunia juga semakin mengenali Oliveira yang merupakan doktor gigi bertauliah yang masih meneruskan lagi kursus pengajiannya.

Semalam, Miguel Oliveira terus menjadi perhatian dunia sekali lagi setelah dilaporkan mengahwini kekasihnya, Andreia Pimenta, yang juga adik tirinya sendiri.

Andreia adalah anak kandung Cristina Pimenta, yang juga isteri Paulo Oliveira, bapa kandung Oliveira. Paulo dan Cristina menikah, setelah pada tahun 2003 Paulo bercerai dengan ibu kandung Oliveira, yang tidak  merestui anaknya menjadi pelumba motosikal.

Oliveira dan Pimenta bertemu ketika mereka berusia 13 tahun, setelah kedua ibu bapa mereka berkahwin pada tahun 2008.

Seperti ibu bapa mereka, mereka saling jatuh cinta dan menjadi tidak dapat dipisahkan. Walaupun begitu, mereka merahsiakan hubungan ini kerana perkahwinan ibu bapa mereka.

Mereka telah bercinta secara rahsia selama 11 tahun, dan akhirnya menjadi lebih ‘terbuka’ secara beransur-ansur tentang hubungan mereka.

Keberanian mereka untuk menunjukkan keakraban mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa seriusnya mereka menjalin hubungan.

Oliveira juga melamar Pimenta tahun lalu. Pelumba berusia 25 tahun sangat gembira dengan lamarannya yang diterima. Dalam rancangan bual bicara di stesen televisyen Portugis dengan Manuel Luis Goucha, dia menjelaskan hubungan yang tidak biasa di mata banyak orang.

“Sebelum jatuh cinta, kami mempunyai kawan yang sangat baik. Kami membesar bersama. Pada satu ketika, kami menyedari bahawa hubungan kami lebih dari sekadar persahabatan, hubungan kami adalah cinta yang sangat kuat,” kata Oliveira seperti dikutip oleh Yahoo Sport.

Sebelum wabak melanda dunia, Oliveira dan Pimenta dilaporkan merancang perkahwinan pada bulan Julai yang lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana musim perlumbaan MotoGP 2020 bermula pada bulan yang sama dan jadual musim ini sangat sibuk.

https://www.instagram.com/p/CDeSNKoh2eE/

“Kami akan menikah tahun ini, tetapi pada hujung minggu yang sama, saya harus meneruskan perlumbaan, jadi kami harus menangguhkannya hingga tahun depan,” kata Oliveira, yang selain menjadi pelumba motosikal, juga mengikuti kursus pergigian seperti Pimenta.

Ramai juga yang agak ‘triggered’ dengan berita ini, kerana bagi mereka apabila sudah menjadi keluarga, adik tiri pun ibarat adik kandung sendiri.

Netizen ternyata agak sukar menerima berita seperti ini. Walaupun mereka secara pertalian darah hanyalah adik beradik tiri, tetapi ia adalah berita yang kurang disenangi ramai orang untuk baca.

Walaupun hubungan ini bukan hubungan yang biasa bagi ramai orang, ayah mereka, Paulo juga mengakui bahawa dia sangat menyokong keputusan anaknya. “Saya gembira kerana anak saya akan berkahwin dengan wanita terpenting dalam hidupnya,” jelas bapanya.