Jude Bellingham: Kamu Letak Pengadil Pernah Makan Suap Adili Perlawanan Terbesar Di Jerman

Jude Bellingham tidak ada berkias apabila terus mengutuk Bundesliga yang mengarahkan pengadil kontroversi, Felix Zwayer bertugas dalam aksi der Klassiker.

Der Klassiker merupakan perlawanan terbesar dalam kalendar bola sepak Jerman. Ianya ibarat el clasico di Sepanyol dan Derbi Barat Laut di England.

Perlawanan ini sememangnya tak pernah lekang daripada kontroversi. Dan kali ini melibatkan mutu pengadilan yang dianggap teruk. Pemain pemain Dortmund sangat kecewa dengan mutu pengadilan pada kali ini.

Paling pedih apabila Robert Lewandowski menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti kontroversi pada minit ke-77. Di mana Jude Bellingham dan juga pemain pemain Borussia Dortmund yang lain, membantah penalti tersebut.

Bekas pemain Bayern, Mats Humels dikatakan handball. Di mana tak seorang pun pemain Bayern yang meminta penalti ketika itu. Sebaliknya Felix Zwayer merujuk kepada VAR untuk meninjau insiden itu dan merasakan bahawa ianya berhak diberikan penalti.

Ulang tayang turut menunjukkan bahawa, keputusan Zwayer agak keterlaluan memberikan penalti tersebut.

Pemain muda sensasi, Jude Bellingham kemudian mengeluarkan kenyataan yang agak panas selepas perlawanan.

Di mana, pemain itu dengan selamba mengingatkan Bundesliga bahawa, mereka baru sahaja meletakkan pengadil yang pernah terpalik skandal mengatur perlawanan untuk menjadi pengadil perlawanan der Klassiker antara Bayern dan BvB.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Jude Belligham berkata: “Pada pandangan saya itu bukan penalti. Kamu tahu kan. Hummels malah tidak melihat ke arah bola sekali pun, dia bergelut untuk memenangi bola dan bola itu terkena padanya.”

“Saya tak rasa dia [Hummels] tahu di mana bola sekalipun pada masa itu.”

“Kamu boleh nilai sendiri banyak keputusan pengadil dalam perlawanan ini [yang meragukan].”

“Kamu berikan [kami] pengadil, kamu tahu kan, dia pernah mengatur perlawanan sebelum ini – untuk mengadili perlawanan terbesar di Jerman.”

“Apa yang kamu boleh harapkan daripadanya?”

Wow! Nampaknya, ianya satu kenyataan yang sangat berani daripada Jude Bellingham. Dan ramai menjangkakan kenyataan itu akan menarik perhatian Bundesliga dan Jude Bellingham berkemungkinan akan dikenakan tindakan.

Selain daripada Jude Bellingham, bintang Norway, Erling Braut Haaland turut membantah keputusan pengadil. Haaland berkata: “Saya rasa ianya satu skandal apabila tiba kepada pemilihan pengadil.”

“Dia pengadil yang bongkak dan saya tak akan cakap lebih lebih.”

Sebagai rekod, Zwayer memang pernah dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan. Ianya berlaku pada 2005, ketika itu Jude Bellingham beru berusia 2 tahun.

Zwayer dituduh menerima wang daripada rakan pengadil yang membentuk pakatan untuk mengatur perlawanan. Zwayer digantung enam bulan kerana menerima rasuah €300 daripada rakan sejawatanya, Robert Hoyzer.

Nampaknya, pemain pemain Dortmund sudah diberikan informasi yang jelas tentang latar belakang pengadil yang akan mengadili perlawanan mereka.

Bayern Munich menang 2-3 ke atas Borussia Dortmund di Signal Iduna Park.

Bekas pemain sasaran Bayern, Julian Brandt meletakkan Borussia Dortmund di hadapan pada minit kelima.

Namun Robert Lewandowski membalasnya pada minit ke-9.

Sebelum rehat, Kingsley Coman meletakkan Bayern di hadapan dengan gol pada minit ke-44. Namun gol itu dibalas Haaland hanya selepas 3 minit separuh masa kedua disambung.

Kemenangan Bayern menjelma jua pada minit ke-77 apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Dan ianya disempurnakan oleh naib juara Ballon d’Or tahun ini, Robert Lewandowski.

Kemenangan itu membolehkan Bayern Munich menjarakkan diri 4 mata dari Borussia Dortmund di kedudukan teratas – selepas 14 perlawanan.

Baca yang lain