Jude Bellingham Menganjing Jersi Barca Dengan Gambar Ikonik Abbey Roads

Jude Bellingham nampaknya telah menjadikan el clasico sebagai miliknya pada aksi debut beliau dalam salah satu perlawanan terbesar dalam kalendar bola sepak itu. Dia mencetak 2 gol untuk memastikan Madrid pulang dengan 3 mata dari Nou Camp walaupun terlebih dahulu ketinggalan.

Rekod gol Bellingham terus luar biasa. Dia mencetak 13 gol daripada 13 perlawanan. Dan menunjukkan kemampuannya melakukan stunner dari jarak jauh. Bellingham berkata: “Saya sudah cakap sebelum ini kepada kamu [wartawan] bahawa saya patut melakukan percubaan jarak jauh dari luar kotak. Saya harus mula melakukannya kerana ianya tindakan yang tidak dijangka lawan.”

“Saya ada teknik untuk melakukannya, saya tahu, saya harus mencubanya. Ianya masuk dan saya sangat gembira.”

Walaupun menerima pujian, pemain itu kekal humble dan menegaskan bahawa dia masih harus bekerja keras untuk memperbaiki beberapa kelemahannya dalam permainan.

“Hari ini bukan aksi terbaik saya. Namun kadangkala ianya bukan tentang melakukan sesuatu yang istimewa setiap kali kamu mendapat bola, tetapi juga berkaitan kombinasi kamu dengan rakan rakan sepasukan yang lain. Ianya satu kemenangan yang sangat besar. Sama ada saya atau pasukan, kami tak berada di tahap terbaik sama sekali hari ini.”

“Namun kami teruskan permainan, menekan lawan, dan menunjukkan kesabaran serta karakter kami. Akhirnya, satu lagi comemback dicipta. Saya sangat menyukainya. Jantung ini agak menderita [kerana gemuruh daripada el clasico] tetapi ianya perlawanan menyeronokkan. Kami tak akan pernah menyerah kalah, tak akan pernah sama sekali.”

Ditanya tentang pengalamannya bermain dalam aksi el clasico dengan kehadiran keluarganya, Bellingham berkata: “Saya tadi ada bercakap dengan keluarga saya, namun susah nak bercakap sebab stadium sangat bising hari ini. Saya dah banyak menyaksikan el clasico di rumah di atas sofa saya, dan saya beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari saya sendiri merasai pengalaman itu dan melakukan sesuatu yang hebat. Saya gembira saya berjaya melakukannya.”

Di media sosial, Bellingham sempat troll Barcelona dengan gambar dia menggantikan Paul McCartney serta Tchouameni menggantikan John Lennon, bersama sama dengan Fede Valverde dan Eduardo Camavinga berjalan di Abbey Road.

Ianya merupakan posing ikonik dari The Beatles yang turut membawa lagi Hey Jude yang menjadi siulan peminat untuk chant nama Bellingham.

Gambar itu turut bersifat banter kepada Barcelona yang memakai jersi dengan logo The Rolling Stone sebagai salah satu daripada syarat kerjasama mereka dengan penaja jersi Spotify.

Di mana legenda The Rolling Stone, Mick Jagger turut hadir dalam perlawanan ini menyaksikan detik bersejarah, nama band mereka terpampang pada jersi Barcelona yang ikonik.

Seorang lagi pemain Real Madrid menulis: “Like A Belling Stone” merujuk kepada nama Bell-ingham yang berjaya membentu band mereka di Barcelona.