Jujur Ronaldo Akui Suka Melihat Video Aksi Dia ‘Meng-lima posen-kan’ Lawannya

The one and only – Ronaldo Nazario – terlalu bagus ketika di kemuncak kariernya, sehinggakan dirinya sendiri seringkali menyaksikan kompilasi video skil beliau di YouTube.

Il Fenomeno memenangi 2 Ballon d’Or dalam kariernya. Dan seringkali dilabel sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Ronaldo menikmatik karier cemerlang dengan pasukan kelab seperti PSV, Barcelona, Inter Milan, dan Real Madrid – serta pasukan kebangsaan Brazil.

Keupayaan menggelecek Ronaldo sukar untuk dijelaskan. Di mana beliau seringkali menjadi ancaman utama kepada gol lawan. Selain daripada penyudah yang tajam, beliau juga menghiburkan para peminat bola sepak dengan skil luar biasa di atas padang, walaupun badannya besar seperti raksasa.

Pemenang 2 kali Piala Dunia itu mengakui dia suka menonton video terutama sekali siri kompilasi skil beliau sendiri selama berjam jam.

Dalam satu temubual khas dengan R9, penyerang itu menegaskan bahawa beliau suka melihat aksinya dahulu ketika menutmeg pemain lawan. Salah satu sebab beliau suka menonton video dirinya sendiri kerana mahu mengimbau dan mengingati betapa hebatnya dirinya dahulu sebagai seorang pemain sebelum kariernya dibunuh oleh kecederaan lutut yang berterusan.

Ronaldo berkata: “Oh ya, hampir setiap minggu saya meluangkan masa dan menontonnya. Saya suka menonton kesemua kompilasi it,” kata Ronaldo kepada Sports Illustrated – ketika ditanya sama ada beliau suka menonton aksinya sendiri di dalam video yang dimuatnaik peminat.

“Namun ada satu video yang paling saya suka. Ada seseorang ini, dia membuat video saya melakukan 256 canos / nutmeg di dalam karier saya. Bahkan saya sendiri tak ingat yang melakukannya sebanyak itu. Saya suka menonton video itu.”

Ronaldo memang pemain berbakat dan dihormarti, tidak kira sesama pemain, tetapi juga daripada peminat pasukan lawannya. Beliau pemain yang tidak banyak kontroversi di atas padang, walaupun cara hidupnya di luar padang agak terlebih sosial. Jika tidak kerana masalah kecederaan, beliau pastinya akan mencetak lebih banyak kejayaan peribadi dan berpasukan.

Ronaldo akhirnya membuat keputusan bersara daripada bolasepak pada 2011.

“Seperti yang anda bayangkan dan anda dengar sepanjang hujung minggu lalu, saya di sini untuk mengesahkan bahawa saya mengakhiri kerjaya saya sebagai pemain profesional,” kata
Ronaldo, yang telah bertarung dengan berat badannya bertahun-tahun lamanya. Beliau mendedahkan bahawa dia mempunyai hipotiroidisme. Iaitu penyakit yang memberi kesan kepada metabolisme badan.”

“Empat tahun lalu di Milan saya dapati saya telah mengalami simptom yang dipanggil hipotiroidisme, yang melambatkan metabolisme anda, dan untuk mengawalnya saya perlu mengambil hormon yang tidak dibenarkan dalam bola sepak kerana ia menyalahi undang undang anti-doping.”

“Rasa sakit membuatkan saya mengakhiri karier saya. Karier saya cukup indah, sangat indah. Saya mempunyai banyak kekalahan (kesakitan), namun saya ada banyak kemenangan tak terhingga.”

“Saya hanya bersara dan bukannya berpisah dengan bola sepak,” kata R9.

412 gol dalam 601 sudah cukup untuk diiktiraf antara pemain terbaik dalam lapangan ini, dengan rekod kecederaan yang sangat banyak.

Gerakan yang menarik dengan sprint daripada ‘raksasa’ di dalam padang. Flip flap skill dia sentiasa saya ingati dan saya anggap cukup infiniti sukar. Lahir bintang seperti Ronaldinho yang decorated namun Ronaldo terlalu unggul untik dibandingkan dengan mana mana generasi baru.

 

Baca yang lain