‘Jujur Sahaja, Man United Kini Bertarung Elak Penyingkiran’

Ruben Amorim mengambil pendekatan jujur, dengan menyatakan, memang Man United ketika ini sedang bertarung untuk mengelak zon penyingkiran.

Manchester United menelan kekalahan kesembilan mereka dalam EPL musim ini setelah kalah 0-2 di tangan Newcastle.

Newcastle menghidupkan impian mereka mahu ke UCL musim hadapan dengan mengekalkan prestasi cemerlang mereka. Manakala United terus bergelumang dengan kelompok bawahan.

Manchester United kini berada di tangga ke-14. Tujuh mata di atas zon penyingkiran. Namun Amorim menegaskan bahawa ini adalah salah satu detik yang sukar untuk Man United dalam sejarah kelab itu.

Hal ini kerana mereka lebih dekat dengan zon penyingkiran berbanding dengan top 4.

Amorim menjawab soalan wartawan, sama ada United ketika ini sedang bertarung untuk mengelak penyingkiran: “Ianya sudah jelas, dan kita harus berjuang. Ianya satu detik yang sangat sukar, salah satu detik sukar dalam sejarah Manchester United.

“Dan kita harus menyatakannya dengan kejujuran.”

Man United masih bergelut untuk melaksanakan taktikal back 3 yang digunakan Amorim. Pengurus itu sebelum ini sudah memberikan amaran kepada semua peminat bahawa, proses pembentukan pasukan ini  bukan mudah.

Dan mereka memerlukan masa untuk melakukannya. Terutama sekali, ketika Amorim mengambil alih pasukan pada pertengahan musim dan tidak ada pemain dia sendiri.

Tugasan Man United yang seterusnya adalah menentang Liverpool di Anfield. Sebelum ini Amorim dan United berjaya menewaskan Manchester City.

Dan mereka sudah sedia bangkit daripada kekalahan di tangan Newcastle untuk mengejutkan pendahulu liga itu di Anfield.