Julian Alvarez Pilih Atletico Berbanding PSG

Julian Alvarez dilaporkan sudah memilih Atletico Madrid sebagai destinasi seterusnya. Pemain itu sebelum ini menarik minat daripada kelab seperti PSG dan Chelsea.

Namun pada masa ini, Alvarez sudah bercakap dengan ejennya bahawa dia mahu bermain untuk Atletico Madrid yang menjanjikan minit permainan untuknya.

Sejarah Atletico sendiri memiliki rekod yang baik dalam membangunkan penyerang menjadi berkelas dunia seperti Fernando Torres, Falcao, Diego Costa, Griezmann, Aguero dan ramai lagi.

Alvarez mengejutkan Manchester City apabila dia meminta untuk berpindah setelah tidak mendapatkan jaminan daripada kelab bahawa dia akan mendapat minit permainan lebih banyak selepas ini.

Julian Alvarez dilaporkan telah menolak tawaran lanjutan kontrak 4 tahun oleh Man City.

City masih berusaha untuk memujuk pemain itu agar terus kekal. Mereka akan mengadakan perbincangan dengan Julian Alvarez selepas pemain itu kembali semula ke kelab itu setelah keraian kejuaraan Copa America 2024.

Manchester City mungkin perlu untuk menetapkan harga untuk pemain itu selepas ini. Man City masih bergelut dengan masa depan beberapa pemain di kelab itu. Ederson dan Kevin De Bruyne juga dikatakan sudah memberitahu kelab itu bahawa mereka mahu berpindah.