Pengurus Jerman, Julian Nagelsmann faham kenapa Denmark bengang dengan VAR dan pengadil dalam aksi suku akhir antara kedua dua pasukan.
Denmark membantah dua keputusan VAR yang dianggap menjadi punca mereka kalah dalam perlawanan ini.
Pertamanya, ofsaid yang sangat sedikit sebanyak 1 sentimeter sahaja. Kemudian VAR memberikan penalti kepada Jerman selepas pemain Denmark
Joachim Andersen adalah insan malang yang awalnya menjaringkan gol namun dibatalkan kerana ofsaid. Dan kemudian dia dihukum sebab handball.
Dalam keadaan yang menurut pengurus Denmark handball tidak seharusnya diberikan kerana kedudukan tangannya bukanlah di kedudukan tidak semulajadi.
Pengurus Denmark Kasper Hjulmand berkata: “Perlawanan ini ditentukan oleh 2 keputusan VAR. Pertamanya ofsaid hanya satu sentimeter sahaja. Saya dah letih dengan peraturan mengarut melibatkan ofsaid seperti ini.
“Seterusnya, kami tidak boleh membuat pertahanan yang berlari dengan tangan di belakang. Ianya benar benar mengecewakan dan tidak sepatutnya bola sepak dimainkan seperti ini.”
Julian Nagelsmann kemudian setuju bahawa jika dia di tempat pengurus Denmark dia pun akan mengamuk. Terutama sekali insiden handball yang menurut Julian Nagelsmann, Jerman tidak sepatutnya diberikan penalti kerana perkara seperti itu.
Nagelsmann berkata: “Ini perlawanan yang sangat gila. Saya faham Denmark benar benar terganggu. Keputusan penalti diberikan kepada kami itu memang kejam, namun itulah peraturannya. Dia [Andersen] tidak menampan bola secara sengaja. Saya pun akan rimas dengan keputusan seperti itu jika saya berada di pihak sebelah. Namun saya terpaksa menerima.”
Germany manager Julian Nagelsmann:
‘It was a wild game. I understand why Denmark are annoyed. The penalty decision is harsh but that’s the rule. He (Andersen) didn’t handle the ball intentionally. I would be annoyed too if it was the other way round but I’d have to accept it.’ pic.twitter.com/UqY1KGVY3p
— Aadam Patel (@aadamp9) June 29, 2024