Juninho Jelaskan Secara Taktikal, Sebab Depay Akan Gagal Di Barca” ‘Dia Bukan Messi Atau Ronaldo’

Pengarah Sukan Lyon, Juninho telah mengingatkan Memphis Depay bahawa perpindahan ke Barcelona akan menjadi satu kesilapan. Depay rasminya akan meninggalkan Lyon dan akan menyertai Barcelona.

Juninho menegaskan bahawa Lyon sudah cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pemain itu untuk kekal namun gagal.

Penjelasan fungsi dan taktikal Depay

Juninho terbuka menjelaskan peranan Depay yang menurutnya penyerang sayap yang bagus. Dan ianya akan memberikan impak kepada Lyon untuk mencari penggantinya. Kerana sistem mereka bina selama ini berasaskan Depay.

“Memphis pernah menikmati waktunya di sini, dan kami sudah melakukan banyak usaha untuk cuba melanjutkan kontraknya. Dan untung menggantikan Memphis kamu tidak perlukan pemain no.9 tetapi perlukan seorang winger yang pantas mengatasi pertahanan lawan.”

Juninho jelaskan secara taktikal kenapa Depay akan gagal di Barca

Juninho kemudian mengejutkan ramai pihak apabila mengkritik Depay secara terbuka dan menganggap pemain itu seolah olah tak sedar diri. Menurut Juninho, Depay berbakat namun dia bukan pemain elit seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Neymar mahupun Mbappe.

Seterusnya menurut Juninho, pasukan Lyon mencipta sistem berdasarkan Depay. Itu yang membuatkan Depay diberikan kebebasan dan prestasinya dibantu sepenuhnya pemain lain.

Berbeza di Barcelona, di mana Depay perlu beradaptasi dengan sistem.

“Ini bukan kritikan, saya mempunyai hubungan yang baik dengannya. Tetapi seluruh pasukan harus membangun di sekelilingnya, dan itu saja. Sangat sukar. Kerana setiap orang mesti mempunyai perasaan untuk bekerja sama.”

Juninho membah, hanya pemain seperti Messi, Ronaldo, Neymar dan Mbappe sahaja yang akan membuatkan pengurus sanggup membentuk sistem berdasarkan mereka ketika mereka baru menyertai sesuatu pasukan, bukan untuk pemain sperti Depay.

“Hanya ada empat pemain di dunia di mana anda bolehh melakukan segalanya, Messi, Cristiano Ronaldo, jika anda mempunyai salah satu dari dua, ia mesti berkisar di sekitar mereka. Neymar dan Mbappé juga. Maaf, saya fikir Memphis kuat, tetapi tidak  berada pada tahap keempat-empat ini. ”

Tahun lalu, bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal juga mengeluarkan kenyataan yang serupa. Van Gaal tidak setuju dengan usaha Depay yang mahu ke Barcelona.

Malah Van Gaal telah mempersoalkan adakah seorang pemain yang gagal di Old Trafford akan berjaya bersama dengan kelab seperti Barcelona?

Van Gaal yang merupakan pengurus yang meminati gaya Memphis Depay. Ketika mengendalikan pasukan Belanda, Depay menjadi pemain utama beliau dan begitu juga di Manchester United.

Menurut Van Gaal, Depat memiliki banyak bakat tetapi dia bukan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, kata Louis Van Gaal. Oleh itu Van Gaal tidak yakin Depay akan berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di Camp Nou.

Van Gaa memberitahu TuttoMercatoWeb: “Selalu ada persoalan, adakah Depay adalah pemain yang menarik, terutama ketika dia bermain posisi bebas.”

“Tetapi kita harus mempertimbangkan untuk menyesuaikan diri dengan budaya baru dan pasukan baru, dan tahun pertama selalu sukar. Lihatlah [Matthijs] De Ligt atau Frenkie de Jong.”

“Depay mempunyai bakat, tapi dia bukan Messi atau Cristiano Ronaldo.”

Depay akan menjadi pendatanganan percuma dibuat oleh Barcelona selepas Aguero dan Wijnaldum serta Eric Garcia.

Barcelona fokus kepada pemain yang ejen bebas kerana beban hutang kelab mereka yang terlalu tinggi.

Barcelona turut mengesahkan bahawa Lionel Messi akan terus kekal bersama dengan Barcelona bagi musim hadapan.

Cuma masih tidak pasti masa depan Koeman. Ini selepas pengurus itu sendiri menyatakan dia tidak mendapat jaminan daripada Presiden Kelab, Laporta.