Pengurus Korea Selatan meroyan di hadapan wartawan dengan menuduh pengadil telah merompak kemenangan Korea Selatan ke atas Malaysia.
Dalam aksi ketiga peringkat kumpulan semalam, Korea Selatan hampir sahaja dimalukan Malaysia yang pada satu ketika mendahului 2-1. Korea Selatan bangkit menjadikan kedudukan 3-2.
Namun gol masa kecederaan Romel Morales membuatkan Harimau Malaya berjaya meraih mata pertama dalam Piala Asia sejak 1980.
Jurgen Klinsmann selepas tamat perlawanan menyatakan bahawa Korea Selatan sepatutnya menang namun Malaysia dibantu oleh pengadil.
FT | π°π· Korea Republic 3οΈβ£-3οΈβ£ Malaysia π²πΎ
π± What. A. Game!
π€ The points are shared after an enthralling encounter at Al Janoub Stadium! #AsianCup2023 | #HayyaAsia | #KORvMAS pic.twitter.com/mlmotDoR0m
β #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 25, 2024
Dia mengecam pengadil memberikan penalti kepada Malaysia yang dia rasa tidak sepatutnya diberikan.
Kemudian Klinsmann menjelaskan bahawa satu lagi gol Malaysia berlaku ketika pemain Korea Selatan, In Beom sudah dikasari.
βIa perlawanan yang menarik dan menghiburkan dengan enam gol terhasil. Namun saya agak bengang bagaimana 2 gol Malaysia terhasil.
βPenalti yang diberikan kepada Malaysia adalah bukan penalti. Satu lagi gol mereka sepatutnya dibatalkan, kerana ianya adalah foul ke atas In Beom.
βJadi dua keputusan pengadil yang tidak tepat punca mereka mendapat 2 gol. Namun harus diakui kami harus melakukan lebih baik. Kami patut memenangi perlawanan ini,β jelas pengurus asal Jerman itu lagi.
Aksi berkesudahan dengan seri 3-3. Tiga gol Korea Selatan terhasil daripada Jeong Woo Yeong, Lee Kang In dan Son Heung Min.
Sementara 3 gol Harimau Malaya pula adalah menerusi Faisal Halim, Arif Aiman dan Romel Morales yang menyamakan kedudukan pada minit ke-90+15.
Malaysia berjaya memastikan kempen Piala Asia pertama mereka sejak 2007 itu tidak pulang hampa dengan tangan kosong. 3 gol dibawa daripada aksi menentang Korea Selatan dan 1 mata yang luar biasa.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan E, Piala Asia 2023 | Khamis, 25 Januari 2024
REPUBLIK KOREA π°π· 3-3 π²πΎ MALAYSIA
β½οΈ Jeong Woo-yeong 22' Lee Kang-in 83' Son Heung-min 90'+4 (P)
β½οΈ Faisal Halim 51' Arif Aiman Hanapi 62' (P) Romel Morales 90'+15#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/fAcKnqL3Taβ FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 25, 2024
Malaysia menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan E. Namun sekurang kurangnya kita ada satu lagi cerita untuk dibanggakan iaitu mengikat jaguh asia dan pasukan berkelas dunia Korea Selatan.
Carta Kedudukan Akhir Kumpulan E, Piala Asia 2023
* Selepas Hari Perlawanan 3
REPUBLIK KOREA π°π· 3-3 π²πΎ MALAYSIA
JORDAN π―π΄ 0-1 π§π BAHRAINβΆοΈ Malaysia gagal layak ke Pusingan 16 Terbaik#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/ql8ngdmNki
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 25, 2024
Peminat bola sepak tanah air rata rata berpuas hati dengan prestasi pasukan Malaysia walaupun memulakan kempen dengan prestasi yang mengecewakan.
Korea Selatan mara ke pusingan seterusnya, namun Malaysia sudah pun kandas dalam pusingan awal.
Pengendali Harimau Malaya yang berasal dari Korea Selatan, Kim Pan Gon telah menyatakan rasa bangganya dengan semangat juang pemain pemain Malaysia berdepan dengan gergasi Asia dan juga pasukan yang berada di ranking ke-23 dunia itu.
Fokus Malaysia selepas ini adalah kelayakan Piala Dunia yang akan datang.