Pemain muda Liverpool bersinar ketika pasukannya menempah tempat ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. Liverpool menewaskan Ajax 1-0 di Anfield.
Curtis Jones memanfaatkan kesilapan besar dilakukan oleh penjaga gol Ajax, Andre Onana. Ia merupakan gol tunggal perlawanan.
Sementara itu Caoimhin Kelleher mencatat clean sheet dalam debutnya di eropah menentang kelab gergasi dari Belanda.
Kemenangan tersebut juga memastikan skuad Jurgen Klopp menjuarai kumpulan D walaupun masih berbaki 1 perlawanan.
Situasi itu membolehkan pengendali Jerman itu merehatkan pemain utama ketika bertemu Midtylland pada pertengahan minggu depan.
Kelleher menggantikan Alisson Becker yang mengalami kecederaan.
Liverpool sebelum ini sudah kehilangan Virgil van Dijk, Joe Gomez, Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita, Xherdan Shaqiri, Trent Alexander-Arnold dan James Milner kerana kecederaan.
Jones telah menjadi pilihan utama sejak beberapa perlawanan lepas dan meraih banyak minit permainan.
Pemain berusia 19 tahun itu hampir membuka jaringan sebelum babak pertama berakhir.
Ajax turun dengan rekod tanpa kalah sepanjang 8 perlawanan cepat menguasai permainan melalui penguasaan bola.
Semua penampilan Kelleher sebelum ini adalah di perlawanan Piala Carabao. Pemain muda dari Ireland itu telah berusaha keras untuk melakukan clean sheet.
Kelleher melakukan aksi penyelamat cemerlang dengan mengagalkan percubaan jarak jauh dari Mazroui.
Mazroui sekali lagi dikecewakan oleh Kelleher pada awal babak kedua. David Neres sebenarnya boleh menyempurnakan bola rebound dari percubaan Mazroui.
Ajax perlu menewaskan Atalanta di Amsterdam minggu depan untuk mencuri baki 1 lagi slot dari kumpulan D.
Tumpuan utama perlawanan Liverpool lwn Ajax adalah bagaimana kesilapan dilakukan oleh penjaga gawang Ajax.
Hantaran lintang dari Neco Williams sepatutnya mudah untuk Onana tetapi sebaliknya dia membiarkan bola tersebut tanpa sebarang percubaan untuk menangkapnya.
Bola tersebut jatuh ke kaki Jones dan pemain muda itu mudah melakukan tampanan untuk meletakan bola ke gawang tanpa penjaga gol.
Bagaimanapun Onana selepas itu melakukan big save dari usaha Roberto Firmmino dari gerakan terbaik Liverpool dalam perlawanan tersebut, melibatkan Jordan Henderson dan Mohamed Salah.
Namun Kelleher mempamerkan aksi lebih baik dengan menepis tandukan padu dari Klaas-Jan Huntelaar dari jarak dekat.
Klopp yang gembira dengan keputusan itu terus berlari ke padang dan memeluk Kelleher selepas wisel penamat dibunyikan.
KLOPP BANGGA DENGAN PEMAIN MUDANYA TERUTAMANYA JONES DAN KELLEHER
Klopp memuji kemenangan 1-0 Liverpool keatas Ajax untuk meraih tempat ke pusingan kalah mati. Ia kerana pasukannya sedang melalui krisis kecederaan pemain yang ramai.
Pemain muda the reds mengambil kesempatan untuk menampilkan kualiti dan salah seorang darinya Curtis Jones yang berusia 19 tahun.
Sementara itu Caomhim Kelleher mencatat clean sheet dalam debutnya di eropah.
“Jujurnya sejak saya berada di Liverpool ini merupakan malam terbesar di liga juara.” kata Klopp yang membawa Liverpool ke 2 final pertandingan itu
“Tanpa penyokong ini adalah perlawanan paling penting, paling sukar dan paling luar biasa.”
Klopp masih merasai kesan dari kehilangan ramai pemain akibat kecederaan.
“Tidak ada sebab untuk tersenyum kerana kecederaan itu. Kemudian pemain muda telah digunakan.” tambah Klopp
“Bagaimana pemain muda bermain. Curtis Jones seorang budak lelaki 19 tahun, saya sungguh bangga malam ini.”
“Begitulah situasinya dimana setiap masalah selalunya ada ruang untuk pemain lain mengambilnya.” tambah Klopp
“Anda tidak akan tahu bagaimana seorang budak lelaki memberi reaksi. Saya sangat gembira dengan ketenangannya dan betapa bagusnya dia.”