Liverpool tewas buat kali ke-2 pada musim ini selepas dibelasah oleh Manchester City di Stadium Etihad 0-4 semalam.
The Reds tidak mempunyai fasa yang baik sejak 5 perlawanan lepas apabila hanya merekodkan 2 kemenangan ketika bertemu pasukan bawahan Bournemouth (2-1) dan Crystal Palace (4-0).
Mereka juga mencicirkan mata ketika perlawanan derby menentang Everton. Pada perlawanan yang membosankan itu, ia berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Watford membenam Liverpool di Vicarage Road 3-0 dan Liverpool sekali lagi tewas dengan jaringan besar tanpa gol di tangan Manchester City.
Liverpool bolos 8 kali dari 5 perlawanan dan gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan. Namun semua itu tidak menjadi masalah kerana mereka sudah mempunyai jurang mata yang besar.
Apa yang lebih penting mereka sudah mengesahkan kejuaraan.
Selepas menang besar di Anfield giliran mereka pula tewas besar dalam tempoh seminggu, namun Jurgen Klopp tetap mempertahankan barisan pemainnya.
“Jika anda ingin membesarkan cerita salah satu perlawanan yang kami tidak fokus, maka lakukan.”
“Saya melihat sikap yang cemerlang. Saya melihat perjuangan. Kami tidak berkelakuan seperti seseorang yang menjadi juara (seperti) minggu lepas.”
Pada minggu sebelumnya, Liverpool telah dinobatkan sebagai juara liga apabila skuad Pep Guardiola ditundukkan oleh Chelsea (1-2).
Secara matematiknya -selepas kekalahan tersebut- Manchester City tidak lagi mampu mengejar Liverpool walaupun mereka menang semua perlawanan dan Liverpool kalah semua perlawanan.
Sepanjang 12 musim karier Guardiola sebagai pengurus, ini merupakan kegagalan ke-4 dia dalam perebutan kejuaraan liga.
Statistik itu agak mengagumkan dan ia boleh difahami kenapa Klopp mengatakan hanya pasukan Manchester City boleh membelasah mereka.
”Jika ada pasukan di dunia ini dapat membelasah kita seperti ini, ia mungkin sekali adalah Manchester City. Tetapi kami akan datang lagi.”
Liverpool menamatkan pusingan pertama dengan hanya melepaskan 2 mata dari 57 yang ditawarkan atau mencatat 18 menang dari 19 perlawanan sementara itu Manchester City agak bergelut selepas Aymeric Laporte mengalami kecederaan serius.
Mereka tewas 5 kali di pusingan pertama, sudah ketinggalan 17 mata ketika itu. Bagaimanapun Klopp tetap melihat pasukan yang menjuarai Piala Liga musim ini sebagai sebuah pasukan yang bagus.
”City luar biasa. Saya telah melihat permainan mereka, mereka tidak pernah bermain buruk sepanjang musim.”
“Walaupun mereka kalah, mereka masih bermain bola sepak dengan baik.”
Liverpool dilihat gembira meraikan kejuaraannya pada minggu lepas dengan video para peminat mereka menyambut kejayaan tersebut disamping tarian ‘suffle’ yang dilakukan oleh Klopp.
Pada perlawanan semalam, permainan dilihat seimbang cuma Manchester City lebih tajam dengan peluang yang dimilikinya.
Melalui 12 percubaan yang dilakukan oleh Manchester City, 5 darinya tepat kearah gawang dan 4 dari itu menghasilkan gol.
Sementara itu Liverpool menghasilkan 11 percubaan, 3 tepat ke arah gawang tetapi gagal menghasilkan sebarang gol.
“Kami kurang lancar, itu pasti. Dalam situasi 50-50 mereka lebih berfikir cepat dari kami.”
“Mereka menggunakan peluang mereka dan kami tidak.”
“Saya rasa mereka banyak minum arak pada minggu lepas, tetapi mereka berada disini tanpa arak dalam darah mereka dan mereka menang perlawanan ini.”
“Saya melihat pasukan yang sangat luar biasa fokus dengan keinginan untuk memenangi perlawanan.”
Manchester City: Ederson (8.0); Kyler Walker (6.9), Benjamin Mendy (7.1), Aymeric Laporte (7.1), Eric Garcia (7.3); Rodrigo (7.4), Ilkay Gundogan (6.8); Phil Foden (8.7), Raheem Sterling (8.4); Gabriel Jesus (6.7)
Bernardo Silava (5.9), Joao Cancelo (6.1), Nicolas Otamendi (6.2), Riyad Mahrez (6.6)
Liverpool: Alisson (5.5); Alexander Arnold (6.3), Andrew Robertson (5.6), Van Dijk (6.4), Joseph Gomez (5.0); Jordan Henderson (6.2), Geoerginio Wijnaldum (6.0), Fabinho (6.5); Mohamed Salah (6.4), Sadio Mane (5.7), Roberto Firmino (6.2)
Neco Williams (6.5), Oxlade Chamberlain (5.7), Takumi Minamino (6.0), Naby Kieta (6.3), Divock Origi (6.2)