Jurulatih Akar Umbi Berusia 50 Tahun Nafi Tweet Rasis Kerana Akaun Kena Hack

Polis di UK menyiasat tweet rasis di akaun media sosial para pemain England termasuk Marcus Rashford.

Banyak laporan yang mereka terima berkenaan dengan kelakuan rassi tersebut.

Dan hasil siasatan, mereka telah menangkap dan kemnudiannya membebaskan seorang lelaki berusia 50 tahun. Lelaki tersebut dikatakan seorang jurulatih bola sepak pasukan akar umbi.

Dia berkata: “Marcus Rashford, bakar je la MBE [darjah kebesaran] kau tu. Kemas barang kau dan balik ke negara [asal usul keturunan] kau.”

Polis West Mercia mengatakan bahawa suspek, dari Powick, ditahan berhampiran Worcester, ditahan kerana disyaki mencetuskan kebencian kaum berikutan laporan tweet yang ofensif kepada para pemain.

Laporan media mengatakan tweet yang menyinggung itu muncul di akaun pemain muda England. Polis mendapati orang di sebalik akaun twitter itu merupakan atok berusia 50 tahun.

Dan dia menggunakan alasan yang paling ‘munasabah’ iaitu mendakwa akaun Twitternya telah diretas / hacked / digodam. Jadi dia tidak mahu bertanggungjawab di atas tweet tersebut dan menyatakan dia kesal dengan apa yang berlaku.

Menurut laporan Sky Sports, lelaki itu, yang tidak disebutkan namanya oleh polis, telah dibebaskan ketika dalam tempoh siasatan. Polis menyatakan bahawa lelaki tersebut masih disiasat kerana tweet tersebut.

Mengulas mengenai siasatan itu, Inspektor Pete Nightingale, dari balai polis Worcester, berkata: “Kami menyeru kepada orang ramai untuk membuat laporan jika ada maklumat dan berasa gembira dengan tindakan kami dapat menangani kejadian ini.”

“Kami terus bekerjasama dengan komuniti bola sepak tempatan dan mempunyai hubungan dengan kelab tempatan untuk memastikan bahawa tingkah laku ini ditangani dengan sebaiknya.”

Rashford, Saka dan Sancho merupakan 3 pemain yang teruk diserang dengan komen berunsur perkauman. Ini selepas ketiga tiga mereka gagal menyempurnakan tugasan mereka dalam aksi penentuan penalti berhadapan dengan Itali.

Banyak sekali komen berbaur kebencian yang mereka terima sehingga ada yang mahu mereka berambus dan pulang ke Afrika.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi