Jurulatih Australia Dedahkan Pemain 18 Tahun Roma Ini Tolak Wakili Socceroos Dalam Piala Dunia

Bintang Roma berusia 18 tahun Cristian Volpato telah bersuara selepas menolak peluang untuk bermain untuk Australia di Piala Dunia.

Pengurus Socceroos, Graham Arnold menamakan skuad 26 pemainnya untuk kejohanan di Qatar pada hari Selasa dan nama Volpato tidak ada di dalamnya.

Dia dikecam kerana dituduh buta hati kerana mengabaikan pemain muda itu.

Sebelum ini Volpato dilaporkan menolak tawaran untuk bermain dengan negara lain demi Australia. Volpato memiliki kelayakan untuk bermain untuk Austaralia dan Itali.

Kini kisah dia berbeza. Dia dikatakan telah menolak panggilan daripada Australia. Beberapa minggu lalu, sudah ada desas desus bahawa pemain tersebut menolak tawaran Australia.

Namun Soccerooos telah memutuskan untuk menyenaraikan namanya dalam skuad 26 pemain. Malangnya pemain itu menolak. Itulah sebabnya dia tiada dalam senarai akhir 26 pemain.

Jadi, pengurus Socceroos tampil menjelaskan bahawa dia sudah berkali kali memujuk pemain itu untuk mewakili mereka.

Arnold mendedahkan di Fox Sports bahawa pemain tengah Roma itu menolak tawaran untuk mewakili Australia. Dia berkata: “Saya menghubunginya banyak kali semalam bahawa dia berada dalam skuad 26 pemain.”

Arnold dikatakan telah 3 kali membuat panggilan telefon yang panjang lebar, bercakap dengan pemain itu.

Arnold menambah: “Dia mahukan ruang dan memikirkannya. Dia mahu bercakap dengan orang di sekelilingnya yang membantu membimbing kerjayanya.”

Arnold menyambung: “Dan dia hubungi saya kembali malam tadi dan menolak tawaran untuk datang dan bermain untuk Australia di Piala Dunia. Itu keputusan dia pada penghujung hari.”

Kini, Volpato telah mendedahkan mengapa dia membuat keputusan untuk tidak pergi ke Piala Dunia mewakili negara kelahirannya.

Kemudian netizen negara kepulauan itu beralih mengecam Volpato.

Volpato menulis di IG menjelaskan alasannya selepas dia diserang di media sosial oleh netizen dari Australia. Mereka melemparkan cacian dan menuduh pemain itu sebagai lupa daratan serta perasan bagus.

Pemain berusia 18 tahun itu menulis di Instagram: “Saya telah melihat banyak spekulasi mengenai keputusan yang sepatutnya saya ambil di peringkat antarabangsa: sebenarnya saya baru di permulaan kerjaya profesional saya dan saya benar-benar fokus untuk meneruskan proses itu. di Rom.

“Membuat sebarang keputusan tergesa-gesa tentang masa depan antarabangsa saya pada peringkat awal ini berisiko menjadi sangat awal.”

“Akan ada banyak masa untuk saya membuat keputusan yang sesuai untuk saya, tetapi sekarang saya tahu fokus saya perlu terus bekerja keras setiap hari untuk terus meningkat sebagai pemain.”

Walaupun menolak panggilan Australia untuk beraksi dalam Piala Dunia 2026, Arnold masih percaya Volpato masih boleh bermain untuk Socceroos pada masa hadapan.

Dia menambah: “Cristian adalah seorang budak yang hebat. Ia adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat oleh anak muda itu dan dia mempunyai orang di sekelilingnya yang telah memberi nasihat kepadanya.”

“Dia mahu membuat keputusan besar ini apabila terdapat dua negara yang dia boleh bermain di Australia dan Itali.

“Dia membuat keputusan itu dan dia menolak peluang kami untuk datang dan bermain untuk Australia di Piala Dunia. Ia tidak bermakna dia tidak akan berbuat demikian pada masa hadapan.”

Jose Mourinho memberikan sokongan kepada pemain 18 tahun itu di atas keputusannya. Ini kerana menurut Mourinho pemain itu masih terlalu muda untuk membuat keputusan tentang pasukan kebangsaan mahu diwakilinya.

Australia akan memulakan kempen Piala Dunia mereka pada 22 November, menentang juara bertahan Perancis.

Baca yang lain