Bekas A.S. Jurulatih gimnastik Olimpik, John Geddert yang dikaitkan dengan dengan pelbagai kesalahan termasuk kes salah laku dadah dengan doktor Larry Nassar telah membunuh dirinya hanya beberapa jam selepas dijatuhi hukuman penjara oleh Jabatan Sheriff Eaton County.
Di mana jabatan tersebut turut mengumumkan telah melancarkan siasatan jenayah berikutan aduan yang diajukan terhadap Geddert.
Nessel mengambil alih siasatan daripada Pendakwaraya Daerah Eaton Doug Lloyd pada Februari 2019.
Setahun kemudian, pada Januari 2020, pasukan Nessel dengan bantuan Polis Negeri Michigan dan Jabatan Polis Grand Ledge mengeluarkan waran penggeledahan di Twistars dan di sebuah rumah terletak di Eaton County yang dikaitkan dengan Geddert.
Geddert terus membuat penafian dan menyatakan dia tidak tahu menahu apa kaitan dia dengan kes Nassar.
Peguam yang berpangkalan di California John Manly, yang mewakili banyak mangsa Nassar, memuji langkah Nessel yang pro aktif mengambil alih siasatan pada masa itu.
“Geddert adalah rakan rapat Nassar selama beberapa dekad. Ramai klien kami melaporkan pecah amanah oleh Nassar di gym Geddert, dan juga dugaan penderaan fizikal dan emosi oleh Geddert sebagai jurulatih,” kata Manly
Beberapa jam selepas Peguam Negara Michigan, Dana Nessel, memfailkan tuduhan pemerdagangan manusia, serangan seksual dan pemerasan terhadapnya, Pejabat Peguam Negara diberitahu bahawa mayat John Geddert ditemui lewat petang setelah meragut nyawanya sendiri.
Mayat Geddert ditemui oleh pasukan Polis Negeri Michigan pada jam 3:24 p.m. di kawasan rehat di sebelah timur Interstate 96 di Clinton County. Geddert dijangka menyerahkan diri pada jam 2:15 petang ke Jabatan Sheriff Eaton County. Namun dia memutuskan untuk membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.
4 hours after being charged, John Geddert commits suicide. https://t.co/0Ciku3fOfU
— Jay Scott Smith (@JayScottSmith) February 25, 2021
Nessel berkata: “Ini adalah akhir tragis untuk kisah tragis bagi semua orang yang terlibat.”
24 pertuduhan terhadap Geddert termasuk 20 pertuduhan pemerdagangan manusia di bawah umur, dan satu pertuduhan masing-masing dari serangan seksual jenayah tahap pertama, serangan seksual jenayah tahap dua yang melibatkan seorang kanak-kanak bawah umur, pemerasan dan pembohongan kepada pegawai polis.
Geddert, 63, menjadi jurulatih yang membantu AS memenangi pingat emas ketika Sukan Olimpik 2012 di London.
Dia juga merupakan pemilik Twistars USA, sebuah kemudahan gimnastik elit berhampiran Lansing di mana beberapa mangsa Nassar berlatih dan mengatakan bahawa mereka didera oleh bekas doktor yang bekerja di Michigan State University dan USA Gymnastics.
Pada Januari 2018, Persatuan Gimnastik Amerika Syarikat menggantung nama Geddert di tengah-tengah kes skandal Nassar. Lalu dia memindahkan hak milik kemudahan itu kepada isterinya, Kathryn Geddert.
Siasatan jenayah John Geddert bermula setelah Nassar dipenjarakan pada Februari 2018, yang membawa kepada pertuduhan yang melibatkan kurang daripada 50 mangsa.
“Pertuduhan ini tertumpu pada pelbagai tindakan penderaan verbal, fizikal dan seksual yang dilakukan oleh defendan terhadap beberapa mangsa,” kata Nessel.
“Saya bersyukur kerana mereka yang terselamat telah berani tampil untuk bekerjasama dengan siasatan kami dan dengan berani berkongsi cerita mereka.”
Nessel menekankan bahawa jenayah yang dituduh terhadap Geddert adalah akibat tingkah lakunya sendiri, yang merangkumi insiden antara 2008 dan 2018. Kedua-dua tuduhan serangan seksual terhadap Geddert didakwa berlaku pada Januari 2012 dan melibatkan mangsa yang dilaporkan berusia antara 13 dan 16 tahun .
Geddert diduga telah secara sengaja memberikan maklumat palsu kepada pegawai polis MSU, Sam Miller ketika mengisi dokumen dan ketika siasatan.
Tuduhan terhadap Geddert adalah tiga tahun selepas Nassar dijatuhi hukuman kerana melakukan serangan seksual terhadap wanita dan gadis dengan alasan rawatan perubatan selama hampir tiga dekad.
Skandal gila seks dan penyalahgunaan dadah Larry Nassar
Dia dijatuhi hukuman penjara 40 hingga 175 tahun di Ingham County atas tujuh tuduhan serangan seksual dan 40 hingga 125 tahun di Eaton County atas tiga tuduhan serangan seksual yang dikaitkan dengan Twistars. Dia sudah menjalani hukuman persekutuan 60 tahun kerana memiliki 37,000 gambar pornografi kanak-kanak
Kecoh dunia sukan dengan pengakuan 160 atlet gimnastik AS melaporkan diri mereka dicabul oleh Nassar.
Hakim telah menolak permohonan maaf oleh Larry Nassar. Nassar berkata keputusan itu terlalu berat dan dia akan hidup dalam kegelapan untuk seumur hidup.
Nassar mengakui bersalah dalam 10 kesalahan serangan seksual ke atas waninta dari pelbagai usia termasuk gadis belasan tahun termasuk atlet olimpik.
Sebelum ini, Larry Nassar sudah pun dijatuhi hukuman 60 tahun penjara kerana kaitan dia dengan pornografi kanak-kanak. Di AS, Larry Nassar digelar Sex Monster/Predator oleh mangsa dan media.
Hakim Rosemarie Aquilina dengan wajah tegas berkata: “Saya baru sahaja menandatangani waran mati anda.”
“Saya berbesar hati mendengar adik-beradik itu terlepas daripada pedofil, dan saya turut berbesar hati untuk mengumumkan perintah hukuman kepada kamu.”
“Sebabnya tuan, anda tidak layak lagi untuk berjalan di luar penjara lagi selepas ini untuk seumur hidup anda.”
Rosemarie kemudian mengakhiri kata-kata beliau dengan berkata:
“Anda masih belum menerima balasan di atas perbuatan anda. Dan saya tidak akan pernah menghantar anjing saya sekalipun berjumpa kamu.”
To Judge Aquilina : THANK YOU, YOU ARE MY HERO
&
Shout out to all of the survivors for being so brave & speaking like the queens that you are while looking at that monster. He will no longer have the power to steal our happiness or joy. I stand with every one of you 💛 pic.twitter.com/b5SMmjZgeW
— Simone Biles (@Simone_Biles) January 24, 2018
Perbicaaran itu telah melibatkan ramai saksi dan mangsa yang tampil. 156 mangsa menceritakan detik hitam berhadapan dengan sikap gila seks Nassar. Setiap mangsa Nassar dibenarkan bercakap di mahkamah.
7 hari sesi testimoni berlangsung. Nassar kemudian menyatakan yang dia berasa kesal, malu dan hampir pitam mendengar hukuman serta cerita mangsanya.
Nassar berkata di mahkamah:
“Apa yang saya rasa sekarang, saya rasa nak pitam, saya rasai kesakitan, trauma dan kehancuran emosi di atas semua yang kamu semua lalui.”
“Tiada kata-kata lagi saya mampu gambarkan, dari hati saya yang paling dalam, saya nak anda semua tahu betapa menyesalnya saya dan mahu meminta maaf di atas apa yang terjadi.”
Dalam 7 hari sesi pendengaran di mahkamah, mangsa dari kem gimnastik AS menceritakan modus operandi Larry Nassar. Nassar akan mengambil kesempatan ke atas atlet yang tercedera dan perlu menjalani rawatan susulan.
Antara yang tampil adalah Aly Raisman yang turut pernah menjadi mangsa. Gimnas kebangsaan AS ini tampil dengan berani untuk menyokong mangsa lain. Aly Raisman sendiri tampil memberikan kenyataan. Keberanian Raisman dipuji.
Raisman antara sebab kes ini mendapat perhatian lebih ramai pihak berbanding sebelum ini.
Di dalam kesakitan mereka, Nassar akan mencabul mereka dan mengambil kesempatan atas nama prosedur perubatan.
Ketika di mahkamah, mangsa-mangsa Larry Nassar memandang dia dengan penuh kebencian dan marah. Ramai mangsa Larry yang mengalami trauma teruk dan kemurungan kerana memendam apa yang pernah berlaku.
Sebelum ini, Nassar mendakwa gadis-gadis itu hanyalah menipu dan cuba mengambil kesempatan untuk mendapat perhatian dan wang saman. Nassar ketika itu berkata kepada mahkamah:
“Saya seorang doktor yang baik kerana hasil perubatan saya berkesan dan semua bekas pesakit itulah yang selalu datang kepada saya dahulu mengucapkan terima kasih dan memuji rawatan saya.”
Namun kemudiannya, semakin ramai tampil mendakwa Nassar memang seorang iblis yang bertopengkan manusia. Selepas hukman dibacakan, mangsa Larry Nassar bertepuk tangan berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada dia.
MSU Seperti ‘Merestui’ Perbuatan Nassar
Pada 2014, Larry Nassar digantung 3 bulan daripada tugasan di Michigan State University (MSU) kerana siasatan kes cabul oleh Nassar dalam siasatan.
Namun Nassar terus melakukan tugasan dia dengan bertemu pesakit dia di luar premis kerja. Akhirnya pada 2016, akhbar Indianapolis Star melaporkan tentang salah laku itu.
Dia mempertahankan dirinya dengan alasan orang cuba menjatuhkan reputasinya.
Pada tahun 2017, Larry Nassar ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mencabul kanak-kanak. Dan tidak lama selepas itu, Larry Nassar dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim kerana menyimpan gambar kanak-kanak yang dicabulnya di dalam komputer peribadinya.
Rachael Denhollander, mangsa pertama yang tampil membongkar perangai iblis Nassar telah mengutuk MSU kerana tidak tegas dalam hal itu. Rachael dicabul Nassar ketika berusia 15 tahun. Rachael berkata:
“Tiada siapa nak dengar kerana mereka (MSU) tak nak mendengarnya walaupun sudah beberapa orang mangsa mengadu kepada MSU.”
“Magsa di’diam’kan, dipengaruhi, diberitahu mereka sedang menerima rawatan dan terus berjumpa dengan dia untuk dicabul.”
“Ini adalah contoh di mana satu institusi mencipta budaya membenarkan ‘predator’ terus bermaharajalela.”
“Saya mengalami trauma teruk dan mengambil rawatan untuknya sampailah saya sudah ada 3 orang anak sekarang.”
Ibu bapa mangsa ramai yang menitiskan air mata mendengarkan pengakuan mangsa yang terdiri daripada anak-anak mereka.
Selepas kritikan demi kritikan diterima ke atas MSU, Presiden mereka, Lou Anna Simon telah meletak jawatan. Selepas ini MSU akan berhadapan dengan siasatan badan bebas mewakili US Olympic Committee (USOC) dan ia sudah diluluskan pihak berkuasa.