Jurulatih Dedah Fernandes Tiba Di Itali Tak Seperti Pemain Bola, Namun Dedikasinya Luar Biasa

Bekas jurulatih Bruno Fernandes di Novara, Mauro Boghetti tidak yakin bahawa Bruno Fernandes akan menjadi bintang berkelas dunia pada suatu hari.

Ini kerana menurut Mauro, ketika Fernandes tiba di Novara, dia tak nampak Bruno Fernandes ni ada rupa dan ciri ciri pemain bolla sepak.

Borghetti membawa masuk bakat dari Portugal itu dari kelab Serie B, Boavista dengan nilai perpindahan hanya €40,000 pada 2012.

Fernandes, bermaon karier remajanya bersama dengan Novara. Ketika tiba di sana, Fernandes terus didaftarkan ke dalam pasukan akademi.

Namun selepas beberapa minggu memantau perkembangan Fernandes, pemain itu cepat dinaikkan ke pasukan utama. Beliau terus memberikan prestasi memukau ketika diletakkan dengan pasukan senior.

Fernandes bukan seperti pemain bola sepak tipikal yang lain, kata Borghetti lagi. Di mana beliau tidak begitu kisah soal penampilan dan gaya rambutnya. Kerana pada ketika itu generasi bola sepak di Itali – di mana pemain pemain mulai bergaya dan mementingkan stail seperti itu.

Bercakap kepada Gazetta Dello Sport, Borghetti menyifatkan Bruno Fernandes sebenarnya lebih mementingkan isu kualiti bola sepak dan juga sikap seorang insan. Di mana menurut Borghetti seorang yang sangat merendah diri dan tidak bermuka muka.

Bukan mudah untuk seorang anak muda berada di negara lain pada usianya ketika itu. Namun Bruno Fernandes berjaya melakukannya kerana nilai insaniah yang tinggi padanya serta dedikasi.

Selepas itu, pemain itu menunjukkan dia sangat cepat matang.

“Ketika Bruno tiba, dia tak nampak macam pemain bola sepak lain pada masa itu. Namun paling penting, dia ada personaliti hebat yang membantunya mendaki ke peringkat tertinggi dalam karier bola sepaknya.”

“Setahu saya, kami hanya satu satunya kelab yang sanggup membayar untuk mendapatkannya, dan ketika itu tawaran kami terus diterima.”

“Dia seorang yang bekerja keras setiap hari, terus cuba belajar berbahasa Itali sebaik sahaja tiba. Dia cepat menyerasikan diri menyertai kumpulan pemain lain kerana dia seorang yang pandai berinteraksi dengan orang lain serta rakan sepasukannya dengan sebaiknya.”

Di rumahnya Bruno malah menandakan perabot dan barangan dengan nota pelekat yang tertulis perkataan sesuatu itu dalam Bahasa Itali. Bruno sentiasa mesra dan pandai membawa diri.

“Dia mesra dengan kesemua orang di Novarello,” tambah bekas jurulatih beliau lagi.

Bruno Fernandes merupakan pemain yang dikenali semua. Beliau merupakan pemain kebangsaan Portugal dan kini beraksi bersama dengan salah sebuah kelab terbesar di dunia iaitu Manchester United.

Pemain akademi yang dianggap gagal

Tidak pasti apa sebenarnya yang membuatkan beliau gagal di mata kelab lamanya Boavista di Portugal.

Bruno menyertai mereka dari muda, di peringkat akademi. Apabila usianya semakin dewasa, Bruno Fernandes diberitahu bahawa beliau tidak layak untuk diserap masuk ke pasukan senior.

Bruno tidak pasti kenapa beliau gagal untuk menambat hati kelabnya itu. Luluh dan remuk hati Bruno Fernandes ketika itu.

Bruno Fernandes mendapat tahu Boavista mahu melepaskannya ke pasukan lain.

Berkelana ke Itali

Akhirnya Bruno Fernandes dijual ke Novara, kelab kecil di Itali. Beliau menyertai pasukan tersebut sebagai pemain remaja.

Namun beliau terus diserapkan ke dalam pasukan utama kerana kualiti yang ada padanya. Fernandes sangat cepat matang di dalam permainannya.

Ketika di Novara, Fernandes sangat cemerlang dan terpilih mewakili pasukan remaja dan peringkat belia Portugal.

Pada usianya yang sangat muda, Fernandes menjadi pemain utama Novara di Serie B sepanjang musim 2012/13.

Udinese mengesan bakat beliau dan menawarkan beliau kontrak. Fernandes tidak menoleh ke belakang lagi dan beliau mencatatkan 11 gol, 13 assist dalam 95 perlawanan. Beliau beraksi di sana selama 3 musim.

Ruginya adalah Boavista yang melepaskan beliau terlalu awal satu ketika dahulu, kerana ternyata Bruno Fernandes memiliki nilai harga yang cepat naik.

Namun selepas itu, beliau tidak sehaluan dengan pengurus Udinese dan dipinjamkan ke Sampdoria.

Semusim di Sampdoria, Fernandes ditawarkan kontrak oleh Sporting Lisbon pada 2017. Ini selepas aksi cemerlang beliau dalam kejohanan Euro B-21 pada 2017.

Beliau tidak berlengah untuk menyertai salah sebuah pasukan terbesar di Portugal dan dikenali di Eropah itu.

Kemuncak prestasi

Sporting Lisbon mendapatkan Fernandes dan memasukkan klausa pelepasan €100 juta.

Dari situ karier beliau terus mekar mewangi dan menjadi pemain utama kebangsaan Portugal.

Beliau kemudian dilantik menjadi kapten Sporting Lisbon dan mulai dikaitkan dengan pasukan pasukan elit Eropah.

Fernandes akhirnya berjaya berpindah ke Manchester United pada Januari 2020. Beliau memeterai perjanjian dengan nilai perpindahan sekitar €65 juta termasuk bonus.

Kini beliau menjadi nadi penting United serta negaranya Portugal. Menikmati musim terbaik bola sepaknya sejak tiba di Old Trafford dengan reputasi sebagai pemain tengah prolifik.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai