Jurulatih Dedah Khabib Buat Latihan Berseorangan & Titipkan Doa Buat Semua

Khabib Nurmagomedov masih lagi berlatih di gym beliau bagi persiapan berhadapan dengan Tony Ferguson bagi acara UFC 249.

Dana White sudah mengesahkan bahawa acara itu akan berjalan seperti biasa walaupun ada kerisauan tentang COVID-19.

Mengikut jadual, pertarungan itu akan berlangsung pada 18 April yang akan datang.

Tidak pasti sama ada, jika keadaan tidak menginzinkan, adakah pertarungan itu bakal dilangsungkan dalam arena kosong?

Itu tidak mustahil berlaku, kerana acara WWE sebelum ini turut diadakan dalam arena yang kosng.

Ada juga yang menyatakan UFC mungkin akan menukar venue ke tempat lain yang membenarkan acara sukan.

Buat masa ini, di Amerika Syarikat amat sukar untuk mendapatkan venue itu.

Di sebalik semua perkara itu, Khabib Nurmagomedov terus berlatih seperti biasa.

Namun latihan beliau kali ini sangat tertutup. Beliau juga sempat menitipkan beberapa pesanan buat peminatnya.

Khabib Nurmagomedov: Semoga tuhan melindungi kita semua

Khabib Nurmagomedov enggan mengambil sebarang risiko ketika melakukan persiapan di American Kickboxing Academy in San Jose, California.

Rutin harian beliau adalah seperti biasa, walaupun tidak ditemani oleh rakan sparring dan jurulatih.

Khabib Nurmagomedov kemudian mendoakan: “”Semoga yang maha kuasa [Allah] melindungi kita semua,” tulis beliau dengan gambarnya memakai topeng pelindung muka.

Tiada seorang dibenarkan masuk

Jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez mendedahkan tidak seorang pun dibenarkan masuk ke gym.

“Hanya ada Khabib sahaja. Tiada orang lain dibenarkan masuk. Tidak seorang pun. Cuma Khabib. Kami perlu pastikan keadaan beliau selamat.”

Seterusnya beliau memberitahu bahawa Khabib Nurmagomedov merupakan seorang petarung yang sentiasa berlatih dan bersedia untuk bertarung pada bila bila masa.

Persiapan beliau sentiasa berada pada tahap tertinggi kerana menjangkakan lawan yang kuat.

“Korang kena ingat, Khabib juga boleh jadi akan bertemu dengan orang lain jika ada sesuatu berlaku kepada lawannya Tony.”

“Khabib sentiasa bersedia untuk menentang lawan yang kuat. Tak kira siapa pun.”

“Dan kini beliau fokus kepada Tony. Khabib menantikan pertarungan ini.”

“Ia bukan seperti, ‘Oh Tony out, lupakanlah, saya tak nak bertarung’. Khabib sentiasa berlatih seperti ini, bukan semata-mata kerana nak lawan Tony sahaja.”

Mendez kemudian memuji Tony Ferguson sebagai petarung yang luar biasa.

“Tony Ferguson petarung yang hebat. Beliau pun dalam shape terbaik sekarang. Jadi, sebab itulah Khabib sangat ingin bertemu dengan beliau.”

Pertarungan antara Khabib Nurmagomedov menang sudah ditunggu tunggu.

Dan kedua duanya berada dalam prestasi terbaik untuk mencipta salah satu pertarungan terbaik dalam sejarah UFC.

Siapakah yang bakal memenangi pertarungan pada UFC 249? Ianya satu pertarungan yang sangat mengujakan.

Cuma ketika ini, keutamaan pastinya kepada isu kesihatan global dan juga pencegahan covid-19.

Baca yang lain