Igor Stimac mengkritik mutu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue perlawanan antara India dan Malaysia pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2023.
India kalah 4-2 di tangan Malaysia yang cemerlang dengan corak permainan high pressing.
Namun jurulatih India itu terkilan kerana pemain pemainnya sukar bermain dengan corak permainan sebenar mereka kerana mutu padang yang teruk.
Stimac menegaskan: “Jelas sekali mutu padang hari ini sangat teruk. Ianya telah menyukarkan pergerakan pemain pemain kami.”
“Pemain pemain kami risau akan mendapat kecederaan bermain dalam permukaan padang sebegini.”
“Saya tidak mahu cakap lebih sangat dan saya nak ucapkan tahniah kepada Malaysia.”
Selepas tamat perlawanan semalam, TMJ ada memberikan komen tentang kualiti padang yang teruk dengan rumput zeon zoysia yang disumbangkan beliau.
Menurut TMJ, sebenarnya rumput di padang Bukit Jalil itu masih terlalu baru dan memerlukan masa untuk ianya benar benar kuat.
TMJ berkata: “Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT.”
“Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.”
Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2023
“This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. FAM kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan.”