Jurulatih Kecergasan Meninggal Dunia Kerana ‘Overdose’ Kafein Bersamaan 200 Cawan Kopi

Seorang jurulatih kecergasan, jurulatih peribadi, telah meninggal dunia selepas mengambil kafein yang menyamaai sebanyak 200 cawan serbuk kopi, lapor pegawai siasatan di British.

Lelaki bernama Tom Mansfield itu tersilap mengira jumlah serbuk yang ingin dimakan ketika menimbangnya pada penimbang dapur.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berusia 29 tahun ini serta-merta jatuh sakit selepas meminum ramuan kafeinnya pada 5 Januari 2021.

John Gittins, sebagai penyiasat kematian, berkata punca kematian Tom Mansfield adalah keracunan kafein selepas memasukkan bahan tersebut terlalu banyak ke dalam badannya.

Gittins berkata Tom Mansfield kelihatan seperti dia akan cuba mendapat “separuh dos yang disyorkan” tetapi “matematik yang ralat” yang membawa kepada “akibat yang tidak diingini” lalu meragut nyawanya.

Kafein antara bahan yang seringkali digunakan oleh penggiat sukan di premis kecergasan serta gym.

Malah di beberapa gym, sesetengah pakar kecergasan malah mengesyorkan mengambil berbilang dos kafein untuk meningkatkan prestasi mereka.

Bagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan orang ramai berhati – hati untuk mengambil kafein melebihi had yang disyorkan. Ini kerana ianya boleh mengundang maut.

Oleh kerana kes kematian kerana terlebih dos kafein ini dianggap sangat jarang berlaku, maka kesedaran ke atas perkara itu tidak begitu kuat di Britain.

Dalam pembentangan hasil siasatan pada Selasa pada 1 Mac menyatakan bahawa, Tom Mansfield mula memegang dadanya dan mengadu jantungnya berdegup sangat kencang selepas meminum kafein bancuhannya sendiri.

Selepas berbaring beberapa minit kemudian, mulutnya mula berbuih. Isterinya, Suzannah, memaklumkan kepada jirannya dan keluarga serta menghubungi ambulans. Dia segera dikejarkan ke hospital.

Paramedik cuba menyelamatkan Tom selama 45 minit, tetapi beberapa saat kemudian dia disahkan meninggal dunia di Hospital Glan Clwyd di Bodelwyddan, Denbighshire, England.

Tom mengukur serbuk kafein menggunakan skala yang mempunyai julat berat daripada dua gram hingga 5,000 gram jauh lari daripada dos yang disyorkan, iaitu 60-300 miligram.

Hasil siasatan mendapati penimbang yang digunakan Tom untuk menyukat serbuk kafein adalah berbeza antara dua gram hingga 5,000 gram daripada yang disyorkan. Dia menggunakan penimbang dengan julat gram dan bukannya miligram.

Satu ukuran yang sangat jauh bezanya, yang kemudian menyebabkan Tom terlebih dos.

Hasil siasatan berkata, Tom telah membeli serbuk kafein dari sebuah kedai iaitu Blackburn Distributions.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan pada perbicaraan yang membentangkan hasil siasatan, Ben Blackburn, pengarah pernigaan Blackburn Distributions, berkata serbuk itu perlu disukat dalam miligram dan dos yang disyorkan ialah 60-300 miligram sehingga dua kali sehari sahaja.

Menurutnya, penimbang untuk menyukat berat miligram boleh dibeli di kedai tersebut.

Syarikat Blackburn Distributions, pada masa kematian Tom Mansfield, tidak meletakkan sudu dalam beg pembungkusan produk mereka. Dengan harapan para pengguna arif dengan penggunaan kafein tersebut.

Seterusnya, Ben juga mengingatkan bahawa ukuran serbuk kafein dalam bungkusan itu juga tidak selalu tepat. Lebih baik mengambil jumlah yang di bawah maksimum dan menggunakan penimbang yang betul.

Bagaimanapun, Ben Blackburn berkata kejadian ini menyebabkan syarikatnya akan memasukkan sudu khas ke dalam beg pembungkusan.

Syarikat juga menekankan arahan penggunaan dan menekankan kemungkinan kesan sampingan kepada pengguna selepas ini.

Bedah siasat menunjukkan bahawa paras kafein dalam darah Tom Mansfield ialah 392 miligram seliter.

Paras kafein dalam darah seseorang biasanya mencapai dua hingga empat miligram seliter selepas orang itu minum secawan kopi biasa.

Jadi, kepada penggemar kafein di luar sana, berhati hatilah dalam pengambilan kafein korang. Jangan sampai terlebih dos.

Baca yang lain