Jurulatih Laos Bangga: “Kami Bukan Menang Nasib, Malaysia Tak Berkualiti Dari Segi Kreativiti”

Pasukan kebangsaan Laos berjaya menyingkirkan Malaysia daripada saingan kejuaraan Piala AFF B-23 2022 di Kemboja.

Laos memenangi persaingan ke kalah mati dalam kumpulan yang cuma ada dua pasukan selepas beberapa pasukan menarik diri termasuk seteru utama Malaysia iaitu Indonesia. Seterusnya, Myanmar juga turut menarik diri, kerana isu pandemik.

Oleh sebab itu cuma ada 2 pasukan dalam kumpulan B dengan format untuk pertandingan diubah. Malaysia diramalkan tiada masalah untuk mara kerana dua pasukan pilihan yang lain iaitu Myanmar dan Indonesia menarik diri.

Namun apa je yang Malaysia tak boleh buat termasuk tersingkir awal daripada kumpulan B yang cum ada 1 pasukan lawan. Laos menang secara agregat 4-1 ke atas Malaysia selepas 2 perlawanan.

Perlawanan pertama Laos menang 2-1 dan 2-0 pada perlawanan kedua.

Jurulatih Laos, Michael Weiss menganggap ianya salah satu detik penting dalam lipatan sejarah bola sepak Laos. Di mana Laos menyingkirkan Malaysia selepas memenangi dua perlawanan dalam fasa kumpulan Piala AFF B-23 2022.

Menurut Weiss lagi, empat gol menentang Malaysia juga menunjukkan kejayaan pasukan kebangsaan Laos bukan sekadar tuah ataupun menang nasib. Sebaliknya ia membuktikan bahawa skuad B-23 Laos benar-benar lebih baik daripada Malaysia.

Harimau Malaya pulang dengan maruah tercalar. Manakala Laos terus mara ke peringkat seterusnya. Menurut jurulatih, Michael Weiss, menyingkirkan Malaysia adalah detik yang hebat untuk bola sepak Laos.

“Ini adalah hari yang hebat untuk bola sepak Laos. Ia tidak kerap berlaku, kami menewaskan Malaysia dua kali dalam satu kejohanan,” kata Michael Weiss kepada ASEAN Football.

Michael Weiss tidak dapat menyembunyikan rasa bangganya dengan prestasi pemain pasukan kebangsaan Laos U23.  Michael Weiss menghamburkan pujian kepada anak-anak buahnya sambil menceritakan sedikit tentang  kelemahan skuad Malaysia.

Di mana menurutnya, Malaysia tidak ada kreativiti di hadapan gol dan tidak mencipta peluang yang benar benar berkualiti.

“Ia adalah babak pertama yang hebat, dan kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol,” kata Michael Weiss ketika membincangkan perlawanan kedua menentang Malaysia.

“Lawan kami tidak mempunyai peluang gol yang bagus.”

Michael Weiss percaya bahawa rakyat Laos tersenyum lebar melihat kejayaan pasukan kebangsaan Laos mara ke separuh akhir Piala AFF U23 2022.

“Buat masa ini, rakyat di Laos gembira, dan itu bagus, “kata Michael Weiss.

Baca yang lain