Pengurus Nantes, Antoine Kombouare sebelum ini dilaporkan telah menggugurkan nama Jaouen Hadjam daripada pasukannya kerana pemain itu memutuskan untuk terus berpuasa pada hari perlawanan.
Sebenarnya Hadjam sudah setuju untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan yang melibatkan aksi di away. Namun pemain itu tidak mahu untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan yang melibatkan aksi di tempat sendiri.
Tindakan Hadjam itu tidak disenangi Antoine Kombouare yang memutuskan untuk menggugurkan nama pemain itu. Ianya langkah yang selama ini diambil Kamboure pada bulan Ramadan kepada mana mana pemain ingkar peraturannya bahawa setiap pemain harus makan dan minum pada hari perlawanan.
Prinsip dan peraturan yang sudah dia gunakan dari dulu lagi termasuk ketika di PSG pada 2009.
Sudah tentunya wartawan mahukan kepastian tentang laporan itu. Dan Antoine Kombouare tidak berselindung mengakui bahawa laporan itu benar.
Dia berkata: “Saya tahu akan ada banyak kontroversi tentang apa yang saya lakukan. Tetapi di sini, saya adalah jurulatih dan saya yang tentukan peraturan [bukan pemain].”
“Pada minggu minggu bulan puasa ini, tiada masalah pemain berpuasa ketika sesi latihan. Saya malah menyokong dan membantu mereka.”
Algeria defender Jaouen Hadjam was dropped from Nantes' squad before their defeat to Stade de Reims in Ligue 1 on Sunday after insisting on not breaking his Ramadan fast.
This is what Nantes coach Antoine Kombouare said after the match: pic.twitter.com/hkDs2te9Xx
— ESPN FC (@ESPNFC) April 3, 2023
“Mereka [pemain beragama Islam] tidak datang untuk sarapan pagi dan makan tengahari.”
“Mereka diberikan rehat ketika kami yang lain melakukan sessi latihan berganda.”
“Mereka tidak perlu datang [untuk sesi latihan kedua] kerana kami mahu melindungi mereka daripada kecederaan.”
“Namun apabila tiba pada hari perlawanan, peraturannya adalah mereka tidak boleh berpuasa.”
“Dan mana mana pemain berpuasa pada hari perlawanan, maka mereka tidak akan berada di dalam skuad. Semudah itu.”
“Saya menghormati mereka berpuasa. Dan mereka pun harus menghormati peraturan yang saya tetapkan.”
“Ini betul untuk semua orang.”
“Kami ada enam orang pemain berpuasa dan hanya Jaouen Hadjam yang berpuasa pada hari perlawanan. Tiada masalah, tiada tindakan disiplin diambil ke atasnya.”
“Jika kamu tidak makan [pada hari perlawanan] – dengan saya – kamu tidak akan dipilih untuk skuad.”
“Saya yang menjadi jurulatih dan menetapkan peraturan di sini, jadi terpulang kepada pemain nak menghormatinya atau tidak.”
“Ada Moussa Sissoko, [Jean Charles] Castelletto, Mostafa Mohamed, Sam Moutousammy, Charles Traore. Mereka semua berpuasa sepanjang minggu, namun pada hari perlawanan, saya nak mereka berada dalam keadaan 100%.”
“Dan lebih penting adalah untuk membantu mereka mengelakkan kecederaan.”
Ditanya adakah dia akan mengubah pendekatan itu di masa akan datang. Kombouare berkata:
“Tak tak! Saya sudah menjadi jurulatih selama 20 tahun lamanya. Dan saya sentiasa menggunakan peraturan yang sama.”
“Ya, tetapi itu adalah pilihan dia [Jaouen Hadjam] sendiri [untuk berpuasa pada hari perlawanan. Jadi saya hormati pilihannya.”
“Saya jurulatih, saya membuat peraturan, namun setiap orang ada pilihan masing masing.
🟢🟡 Nantes manager Antoine Kombouaré: "There is no problem with Hadjam. Once he has finished his Ramadan, he will be re-join the group."
"There's no controversy, this is not a sanction. I am a coach, there are rules of life. Those who do not respect this won't be selected." pic.twitter.com/Vdqt97cYTj
— EuroFoot (@eurofootcom) April 4, 2023
Pendapat Kombouare itu mendapat reaksi berbeza daripada peminat. Ada yang berkata, adakah Kombouare benar benar membantu pemain yang berpuasa?
Misalnya beberapa tahu lalu, Jurgen Klopp pernah mengarahkan staf kejurulatihannya untuk mencari kaedah paling sesuai mengendalikan pemain yang berpuasa. Di mana ketika itu pemain seperti Sadio Mane dan Mohamed Salah menjadi pemain paling penting di barisan serangan Liverpool.
Staf kejurulatihan di Anfield membantu pemain berpuasa dengan menyediakan latihan berbeza dan cadangan diet khas ketika berbuka atau bersahur.
Klopp sendiri berkata dia tidak ada masalah dengan pemain berpuasa. Malah kagum dengan kekuatan pemain pemain beragama Islam ketika berpuasa yang menurutnya, kadangkala lebih kuat daripada pemain pemain yang tak berpuasa.
Bagi Klopp ada perkara lebih penting daripada bola sepak.
Jürgen Klopp:
🗣 “I have no problem with my players fasting. I respect their religion they were always amazing whether they were fasting or not. There are days when Mané or Salah are late because they were praying. There are many things more important than football.”
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) June 24, 2019