Oman menyatakan kekecewaan mereka kerana tidak dapat berlatih akibat keadaan padang yang teruk selepas hujan.
Sebelum ini tular rakaman dron menunjukkan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak begitu bagus terutama sekali selepas konsert Ed Sheeran sebelum ini.
Namun pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Hans Isaac menyatakan bahawa gambar itu bukan gambar semasa.
Dan dia meminta agar peminat Malaysia kekal tenang dan melihat sendiri keadaan padang pada hari perlawanan menentang Oman.
Malaysia akan melayan kunjungan Oman untuk aksi kedua antara kedua dua pasukan dalam kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.
Isu padang terus menjadi isu yang membelenggu perbadanan stadium Malaysia. Ini kerana ketidakcekapan mereka dalam mengendalikan padang untuk mod pelbagai acara.
Peminat malah membandingkan keadaan pada Stadium Rajamangala di Thailand yang kelihatan dalam keadaan terbaik walaupun menjadi tapak penganjuran konsert.
Kini berita tidak enak didengar pula dari kem Oman yang terpaksa membatalkan latihan taktikal mereka kerana keadaan padang yang teruk.
Dipetik dari laman NST, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy berkata: “Malang sekali kami diberitahu bahawa keadaan cuaca di Malaysia tidak elok dan hujan lebat. Membuatkan padang tidak bagus dan tidak bersedia untuk perlawanan.
"Unfortunately, we were told about the weather conditions in Malaysia, that it has been raining a lot, and that the field will not be good or ready for the match." – Oman coach, Jaroslav Silhavy.https://t.co/PPtSPmJog1
— Haresh Deol 🇲🇾 (@HareshDeol) March 25, 2024
“Namun kami tetap bersedia secara fizikal, taktikal dan psikologi untuk bermain dalam apa jua keadaan. Kami tahu padang itu padang yang teruk, dak kami tidak dapat berlatih di sana.
“Kedua dua pasukan pun tidak dapat berlatih di sana. Jadi keadaan ini tidak bagus untuk kedua dua pasukan.
Oman dilaporkan mengadakan latihan di padang stadium MBPJ di Kelana Jaya, sementara Harimau Malaya berlatih di padang wisma FAM.