Persatuan Bola Sepak Inggeris / FA mengesahkan sedang menyiasat pengurus Crawley Town, John Yems, selepas dia didakwa terlibat dalam tingkah laku perkauman yang sangat teruk di kelab itu.
Yems, 62, telah digantung selama-lamanya daripada peranannya di pasukan Liga Dua / League 2 itu sejak dakwaan pertama kali dibuat ke atasnya pada dua minggu lalu.
Berita tentang kelakukan John Yems itu sangat mengejutkan dunia bola sepak. Ini kerana dia melakukan penderaan mental berbaur perkauman secara serius, berulang dan berterusan
Dia tidak mengulas secara terbuka mengenai dakwaan itu tetapi sumber terdekat menyatakan bahawa dia menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya setakat ini.
Yems rasis yang teruk
Menurut laporan yang pertama kali diterbitkan dalam Daily Mail, Yems mewujudkan budaya penderaan perkauman dalam pasukannya.
John Yems turut membahagikan dan mengasing asingkan pemain mengikut warna kulit ketika di bilik persalinan serta ruang mandi.
Yems memberitahu pemain kulit putih bahawa mereka dilarang sama sekali berkongsi bilik persalinan dengan pemain kulit hitam.
Dia juga kerap merujuk pemain kulit hitam dengan perkataan Neg** serta suka menggunakan N words itu. Banyak lagi penghinaan dan tindakan memperlekehkan warna kulit serta budaya dilakukan Yems yang jelas sekali mendukung ‘white suprem*acy’ dalam dirinya dan cuba menyebarkan budaya itu dalam pasukannya di kalangan para pemain dan staf kejurulatihannya.
Bukan itu sahaja, dia turut menggelarkan pemain beragama Islam dengan memanggil mereka pengganas dan menyinggung mereka dengan memanggil mereka pengebom berani mati.
Pemain pemain berdarah Asia juga kerap digelar sebagai pemakan kari. Satu stereotaip yang seringkali digunakan untuk menghina bangsa Asia di UK.
Tahap penderaan rasis yang melampau didakwa telah menyebabkan sebilangan pemain sudah tidak tahan dengan kelakuan Yems.
Lalu mereka mengadu kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional, dengan laporan menunjukkan ada juga yang mendapatkan kaunseling di kalangan para pemain kerana kesannya terhadap kesihatan mental mereka yang sangat teruk dan traumatik.
Pada hari Rabu FA mengeluarkan kenyataan mengesahkan badan induk bola sepak Inggeris itu sedang menyiasat kelakuan Yems.
BREAKING: A former Crawley FC player has said allegations that the club's manager John Yems used racist language and forced non-white players to use different changing room are, in his view, true.@TomSkyNews reports.
Latest: https://t.co/CRhVSKZSOr
📺 Sky 501 and YouTube pic.twitter.com/ZdIkelXeIJ
— Sky News (@SkyNews) May 5, 2022
Peraturan E3 peraturan badan induk menghalang mana-mana peserta dalam permainan daripada menggunakan “kata-kata atau tingkah laku yang mengancam, kesat, tidak senonoh atau menghina”, dengan pelanggaran dianggap lebih teruk jika ia melibatkan komponen berkaitan perkauman.
Jurucakap FA berkata: “Kami sedia maklum dengan dakwaan yang dibuat terhadap pengurus Crawley Town John Yems. Kami memandang serius dakwaan itu dan sedang menjalankan siasatan terhadapnya. Kami tidak boleh mengulas lanjut sehingga ia selesai.”
Crawley Town sebelum ini menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadap Yems sebagai “serius dan boleh dipercayai” dan berkata mereka “tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk perkauman atau diskriminasi”.
Kelab itu baru-baru ini menjadi subjek pengambilalihan, dengan pemilik baharu – konsortium pelabur mata wang kripto yang berpangkalan di AS – bertindak menggantung Yems dalam tempoh 24 jam selepas dakwaan dikemukakan kepada mereka oleh Daily Mail. Crawley berkata mereka tidak akan mengulas lanjut mengenai laporan itu sementara menunggu hasil siasatan FA.
John Yems, Crawley Town’s manager is under investigation for racist behaviour. 😳
He allegedly:
• Made black players change in a separate dressing room
• Commonly used the N-word
• Called the club's Muslim players suicide bombers and terrorists✍️ @MailSport 🤯🤯🤯 pic.twitter.com/ZfCi2p8TX5
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) May 4, 2022
Reuters cuba mendapatkan komen daripada Yems dan dia menolak untuk memberikan komentarnya berkenaan dengan dakwaan tersebut.
Crawley Town FC's suspended manager, John Yems, declined to comment when Sky News asked about allegations of racism at the club.
It is claimed he racially abused players, and made non-white players use a separate changing room.
Today's top stories: https://t.co/iOm40vn1kt pic.twitter.com/kC6cLMigFZ
— Sky News (@SkyNews) May 5, 2022
John Yems kini berdepan dengan tindakan berat daripada FA Inggeris di atas sikap rasisme dalam dirinya. Di mana dia dijangka akan kehilangan lencana kejurulatihannya. Perkara ini juga mungkin akan dibawa ke UEFA selepas ini.