Jurulatih Tajikistan Sindir Malaysia: “Bila Lagi Korang Nak Menang Lawan Kami Kan?

Jurulatih Tajikistan menyatakan bahawa pasukan Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mengalahkan pasukannya. Kerana ini adalah peluang terbaik Harimau Malaya berbuat demikian.

Petar Segrt menegaskan bahawa skuad Tajikistan pada kali ini serba tempang. Kerana banyak kelab di negara itu enggan melepaskan pemain mereka untuk tugasan antarabangsa terutama sekali Istiklol.

Malaysia akan berdepan Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka 2023. Dan jurulatih itu berkata:

“Kami hadir ke sini tanpa 15 pemain skuad utama. Istiklol enggan melepaskan pemain mereka kerana Liga Juara Juara AFC. Saya suka dengan gaya permainan Malaysia. Saya suka dengan pemain pemain Malaysia.”

“Inilah peluang untuk kamu menang. Bila lagi korang nak menang? Takkan nak tunggu kami main 5 orang je?”

Seterusnya Segrt menegaskan bahawa dia sangat berharap kualiti pengadil akan menjadi lebih baik. Kerana dia merasakan India sebelum ini kalah kerana mutu pengadilan yang teruk.

“Saya sudah bercakap dengan Igor Stimac [coach India]. Mereka bermain baik sekali. Malaysia mungkin mendapat manfaat daripada keputusan pengadil.”

“Saya harap aksi esok, pengadil lebih tepat dalam pengadilannya.”

Sergt merujuk kepada insiden penalti diberikan kepada Malaysia dianggap agak soft. Kemudian gol India dibatalkan walaupun pada pandangannya bola sudah melepasi garisan gol.

Sebagai rekod, Tajikistan merupakan skuad yang berada di ranking ke-110 dunia. Sementara itu Malaysia di ranking ke-134 dunia pada masa ini.

Sebelum ini Kim Pan Gon menyatakan bahawa dia yakin Malaysia akan berada dalam senarai 100 terbaik dunia selepas ini.