Jurulatih Vietnam: ‘Pemain Tertekan Dan Gagal Laksanakan Taktikal Saya Rancang, Punca Kalah’

Jurulatih B-19 Vietnam, Dinh The Nam mendedahkan punca pasukannya dikalahkan oleh Malaysia pada separuh akhir Piala AFF B-19 2022.

Vietnam merupakan pasukan pilihan selain Thailand untuk menjuarai pertandingan kali ini. Namun kedua duanya tersingkir di separuh akhir.

Vietnam gagal mara ke final selepas tewas 3-0 kepada Malaysia pada perlawanan separuh akhir Piala AFF U-19 2022 yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, pada aksi sebelah Rabu.

Selepas perlawanan itu, jurulatih B-19 Vietnam, Dinh The Nam menjelaskan punca pasukannya tewas kepada Malaysia.

Beliau mengucapkan syabas kepada Malaysia kerana mara ke final. Kemudian dia menggariskan bahawa pasukannya agak membazir beberapa siri peluang di hadapan gol.

“Pertama-tama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana layak ke final. Kami sudah mempunyai banyak peluang hari ini tetapi malangnya pemain tidak memanfaatkannya,” kata Dinh The Nam selepas perlawanan.

Seterusnya Dinh The Nam menegaskan bahawa para pemainnya tertekan di atas padang membuatkan mereka gugup dan gagal melaksanakan perancangan taktikalnya.

“Mentaliti pemain mungkin tidak begitu baik hari ini dan tidak boleh menjaringkan gol. Seluruh pasukan kelihatan sangat kecewa,” kata Dinh The Nam lagi.

Dinh The Nam juga menganggap pasukannya tidak dapat keluar daripada tekanan yang menyebabkan mereka tidak dapat bermain dengan baik.

“Seperti yang kita tahu pada separuh akhir seperti ini sudah tentu semua pemain masih merasakan tekanan tinggi sehingga tidak dapat bermain dengan baik dan melaksanakan taktikal daripada jurulatih,” kata Dinh The Nam.

“Pemain berasa banyak tekanan dan mereka melakukan kesilapan dalam pertahanan dan serangan. Mereka mempunyai banyak peluang,” kata Dinh The Nam.

Dalam perlawanan ini, Vietnam dibolosi oleh gol daripada pemain Malaysia Adam Farhan Faizal (26′), Haiqal Haqeemi (70′), dan Mohammad Haykal Danish (87′).

Malaysia akan berdepan dengan Laos dalam aksi final pada 15 Julai ini.

Baca yang lain