Jurulatih Yakin McGregor Buat Pusingan U

Jurulatih UFC, John Kavanagh yakin bahawa Conor McGregor Akan kembali dan patut kembali semula ke octagon.

Bekas juara dunia dua kategori, Conor McGregor mengumumkan persaraannya beberapa bulan lalu selepas menyatakan beliau sudah tak ada kegembiraan lagi dengan UFC.

Dalam satu kenyataan ringkasnya menerusi Twitter, Conor McGregor berkata:

“Hei gais, Saya telah memutuskan untuk bersara daripada pertarungan.”

“Terima kasih atas semua memori luar biasa. Ianya satu perjalanan yang hebat.”

“Ini adalah gambar saya dengan ibu saya ketika di Las Vegas selepas salah satu kejuaraan dunia saya.”

“Bawalah impian kamu ke rumahmu Mag. Saya sayangkan kamu, tak kira apa sahaja yang kamu mahukan, ianya milik kamu.”

Ini bukan pertama kali conor McGregor membuat pengumuman persaraan. Sebelum ini beliau pernah bersara ‘muda’ dan kemudian bersara sekali lagi untuk kali kedua selepas kepulangganya ke Octagon.

Sebelum ini Dana White telah menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk laluan yang terbaik kepada McGregor iaitu menentang pemenang di antara Khabib Nurmagomedov dan Gaetjhe.

McGregor kecewa kerana terus menunggu jadual pertarungannya. Ini selepas Justin Gaetjhe telah dipilih menggantikan Khabib Nurmagomedov dalam acara UFC249 berhadapan dengan Tony Ferguson.

McGregor sejak comeback daripada rehat panjang, telah bertarung sekali, dengan kemenangan pantas terhadap Donald “Cowboy” Cerrone di UFC 246 pada bulan Januari.

McGregor: Aku dah bosan

Dan McGregor akhirnya membuka mulut tentang sebab dia bersara dari UFC. Bercakap kepada Ariel Helwani (ESPN), McGregor berkata:

“Sukan ini membuatkan saya semakin hilang keseronokan dah.”

“Kamu menunggu, dan terus menunggu, namun tidak ada apa pun yang berlaku.”

“Sudah tidak ada apa yang menaikkan emosi saya, dan saya dah tak teruja dengannya.”

“Saya tak tahulah kalau beraksi tanpa crowd. Saya tak tahu apa tu. Saya dah tak seronok.”

McGregor kemudian mengkritik UFC yang gagal di dalam penjadualan mereka. Membuatkan petarung terpaksa menunggu lama untuk giliran mereka.

Seterusnya UFC juga tidak menyusun jadualnya dengan lebih bagus selepas mereka mengarahkan Justin Gaethje mengisi tempat Nurmagomedov.

“UFC haruslah bertindak lebih aktif. Namun mereka terlalu banyak membuang masa. Mereka cuma nak tunjuk kuasa.”

Dia akan kembali

Kavanagh menyuarakan keyakinan beliau selepas muatnaik terbaru McGregor Di Instagramnya yang menunjukkan bentuk fizikal terbarunya.

View this post on Instagram

Big poppa pump action

A post shared by Conor McGregor Official (@thenotoriousmma) on

Kavanagh mencadangkan McGregor untuk skip kategori 175 dan terus kepada 185 lbs.

Jika benar McGregor kembali semula daripada persaraan, ini bermakna beliau melakukan pusingan U kali ke 3.