Justin Bieber Disenarai Hitam Ferrari Kerana Cat Semula Dan Lelong Keretanya

Ferrari menyenaraihitamkan nama Justin Biener.

Pengeluar jenama kereta lumba dari Itali itu tidak lagi membenarkan Justin Bieber membeli produknya. Kenapa?

Ini kerana Justin Bieber telah melanggar kod etika dalam pemilikan kereta tersebut.

Untuk dapat membeli Ferrari, bukan hanya dengan mempunyai wang yang banyak. Tetapi harus menjaga etika.

Pengeluar kereta sport Itali itu menuntut pemiliknya mematuhi beberapa peraturan, seperti ‘kod etika’ yang mereka pakai berhubung penjagaan kereta yang dibeli dan cara menjaganya.

Justin Bieber dianggap telah melanggar peraturan dan ‘kod etika’ yang menyebabkan dia kini disenaraihitamkan dan tidak lagi dibenarkan membeli kereta kereta ferrari lagi di masa akan datang.

Dipetik daripada Il Giornale, Ferrari kecewa dengan cara Justin Bieber menjaga keretanya, Ferrari 458 Italia Edisi F1 2011. Untuk membeli Ferrari edisseseorang itu melalui proses tapisan yang sukar.

Jadi apabila sudah menjadi pemilik, Ferrari edisi terhad, Ferrari sangat berharap para pemiliknya berkelakuan sewajarnya. Kerana ramai lagi yang tidak berpeluang memiliki kereta seperti itu.

Dalam rancangan televisyen beberapa tahun lalu, Justin Bieber menyatakan bahawa dia pernah ‘kehilangan’ keretanya hanya kerana terlupa di mana dia meletak kereta tersebut. Ketika itu dia menghadiri sebuah parti.di Los Angeles.

Bieber juga dituduh bertindak tidak wajar sebagai pemilik dan pemandu Ferrari apabila memandu secara melulu yang mana dia telah disaman di Los Angeles dan Miami.

Sebagai seorang selebriti, dia telah memberikan imej tidak elok kepada para peminatnya yang ramai dari kalangan generasi muda.

Perkara lain yang membuatkan Ferrari lebih kecewa adalah tindakan penyanyi asal Kanada itu yang mengecat semula keretanya kepada warna biru neon, daripada warna putih sebelum ini.

Tidak cukup itu, Justin Bieber kemudiannya melelong kereta itu dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan. Ianya sebenarnya tidak membuatkan Ferrari berlembut hati dengan alasan tersebut.

Dipetik dari driving.ca, Bieber bukanlah satu-satunya nama besar yang masuk senarai hitam Ferrari. Selebriti lain tidak lagi dibenarkan membeli The Prancing Horse termasuk pelakon Nicolas Cage, penyanyi rap Tyga dan wartawan automotif Chris Harris.