Sepasang suami isteri yang baru berkahwin telah dikecam kerana didakwa telah merosakan sebuah mercu tanda warisan negara di Utah ketika mengadakan perkahwinan mereka.
Pada hujung minggu sempena Hari Pekerja pada bulan September, Andrew Chen dan Emma Waldron mengikat tali perkahwinan di Menara Castleton berhampiran bandar Moab.
Chen ialah pelabur teknologi terkenal di Silicon Valley, manakala Waldron ialah bekas Miss Ireland. Pengantin baru itu dilaporkan menyiarkan gambar dan video dari hari besar mereka di media sosial.
Tetapi siaran ini telah dipadamkan dari web, setelah mendapat kecaman dari ramai pihak. Di mana kawasan tersebut telah dipenuhi sampah sarap dan kotor, tak terurus.
Orang ramai mendakwa mereka tidak dapat beriadah di kawasan itu kerana banyak kelengkapan yang rosak.
Imej yang didakwa diambil selepas majlis perkahwinan menunjukkan timbunan perabot dan beg bertaburan di mercu tanda Utah itu, dengan kesan tayar kelihatan telah merosakkan tumbuhan renek di sekitarnya.
Datuk Bandar Utah, Pamela Gibson melawat sendiri tempat itu dan mengesahkan dia hanya melihat kehancuran di sana. Terdapat banyak longgokan guni sampah dan juga kaca yang pecah.
Emma Waldron kemudian menegaskan bahawa mereka sudah mendapatkan permit untuk mengadakan perkahwinan di situ. Pamela Gibson terus menyiasat pegawai yang terlibat mengendalikan perkara itu.
Dalam e-mel oleh kepada Gibson dan Datuk Bandar Castle Valley Jazmine Duncan pada 7 September, para pegawai mendakwa pasangan itu telah mendapat kebenaran daripada Biro Pengurusan Tanah untuk menganjurkan ‘majlis perkahwinan ringkas dengan satu khemah kecil’.
Bagaimanapun, Gibson dan penduduk tempatan yang lain terkejut apabila mendapati ianya ternyata perkahwinan ‘ekstravaganza’ yang jauh lebih besar daripada yang dijangkakan pada awalnya.
Christina Qi kemudian memuat naik semula video yang telah dipadamkan pasangan itu dan menuduh Emma Waldron sebagai berbohong ketika mendakwa dia sudah mendapatkan permit di tanah yang dilindungi, kemudian membuang sampah di tempat itu dan menghancurkan tanaman.
Namun dia masih tidak mendapat hukuman di atas perbuatannya.
Andrew Chen (Partner, Andreessen Horowitz + Twitter influencer) and Emma Waldron (former Miss Ireland) lied to illegally obtain a permit to get married on protected land, trashed the place, destroyed vegetation, and suffered 0 consequences.
Deleted video + evidence below: pic.twitter.com/SufkAZWWqr
— Christina Qi (@christinaqi) November 2, 2023