Juventus Diberi Menang Percuma 3-0, Napoli Ditolak 1 Mata Sebab Tak Ke Turin Kerana Larangan Perjalanan

Suruhanjaya Disiplin Liga Itali secara rasmi memutuskan memberikan Juventus kemenangan 3-0 ke atas Napoli pada minggu ketiga.

Peguam sukan Itali, Claudio Pasqualin juga berpendapat keputusan Juventus untuk menang adalah mutlak.

Walaupun, Napoli memiliki hak untuk mengajukan rayuan, tetapi Pasqualin menyatakan bahawa keputusan itu tidak dapat dilanggar.

Lebih-lebih lagi, Suruhanjaya Disiplin tidak menemui situasi force majeure yang menjadikan Napoli bebas dari hukuman.

Napoli memutuskan untuk tidak menghadiri perlawanan menentang Juventus kerana mereka tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa kesihatan tempatan (ASL) untuk merentas bandar ke Turin. Larangan itu berlaku kerana Napoli dilaporkan mempunyai dua kes positif C0v-I9.

Namun, menurut Pasqualin ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk Napoli tidak hadir.

Sebabnya, sebelum musim bermula, semua kelab Liga Itali telah bersetuju untuk pergi ke venue perlawanan dengan mengikuti protokol C0v-I9 yang telah dilaksanakan.

Oleh kerana itu, Suruhanjaya Disiplin Liga Itali akhirnya memutuskan untuk memberikan kemenangan 3-0 kepada Juventus.

Sementara itu, Napoli juga menerima penalti tambahan dengan pemotongan satu mata kerana tidak hadir untuk bertanding di Allianz Stadium.

Pasqualin berkata:

“Keputusan itu tidak dapat dielakkan dan tidak dapat diganggu gugat.”

“Ini sepenuhnya sesuai dengan prinsip keadilan sukan.”

“Oleh itu, sekarang pasti akan ada beberapa episod drama ini yang akan melalui proses rayuan,” kata beliau, seperti dilaporkan Football Italia.

“Seperti di negara mana pun, Napoli berhak untuk mengajukan rayuan berdasarkan hal itu.”

“Namun, keputusan Jawatankuasa Disiplin adalah tepat dan sah, kerana ada peraturan yang harus dipatuhi dan Napoli jelas tidak melakukannya sepenuhnya,” tambah beliau lagi.

Pasqualin sudah menjangkakan reaksi daripada para peminat. Dan beliau menyatakan drama ini baru episod awal.

Di media sosial para netizen menganggap hukuman ini sebagai agak kejam. Dan mereka merasakan ‘dunia FIFA’ itu baru berlaku di alam nyata.

Ada juga berkata, kalau dalam PES, kemenangan seperti ini berlaku apabila lawan berdepan masalah internet yang lembab.

Para peminat juga menegaskan bahawa Serie A langsung tidak ada budi bicara berdasarkan situasi semasa yang melanda. Apa yang Napoli boleh lakukan kalau pihak berkuasa tempatan melarang mereka daripada merentas bandar ke Turin?

Seluruh bandar Naples ketika itu dalam perintah berkurung / lockdown.