Tekanan yang telah menimpa Max Allegri terus meningkat berganda ganda di Israel apabila Juventus ditewaskan 2-0 oleh Maccabi Haifa dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Ianya dianggap kekalahan yang seharusnya membuatkan Allegri dipecat!
Ia merupakan musim yang sangat menyedihkan buat Juventus setakat ini dan perjalanan mereka ke Haifa mungkin membawa masa yang paling menyedihkan dan dianggap kemuncak kepada prestasi memalukan Juventus.
Separuh masa pertama yang dikuasai sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah membawa dua gol yang diperoleh oleh kelab dari Israel itu.
Dan pelawat tidak menunjukkan karakter yang mereka miliki sebelum ini untuk memberikan respon kepada perkara itu,
Persembahan daripada Juventus meningkat sedikit pada separuh masa kedua tetapi, walaupun mereka mampu mendominasi perlawanan, tanpa mencipta sebarang peluang yang jelas.
Keadaan menjadi lebih teruk buat gergasi Itali itu apabila Angel Di Maria telah dipaksa keluar pada separuh masa pertama dengan, apa yang kelihatan seperti, kecederaan hamstring.
Dia kini pasti keresahan dengan status kecederaannya menjelang Piala Dunia 2022 yang semakin hampir. Juventus akan melakukan imbasan ke atas Di Maria di atas kecederaan tersebut.
Peminat merasakan Allegri sudah selayaknya dipecat. Juventus pastinya sedar akan perkara itu sejak berminggu minggu yang lalu. Tetapi kelab itu dikatakan berdepan masalah kewangan, itu yang membuatkan Allegri masih selamat.
This may be the most humiliating night in Juventus history
Agnelli must step down & Arrivabene, Cherubini must go
They’re even more to blame than Allegri
The season was still salvageable in Sep if they sacked this 🦖 . Any idiot could see it was broken
Now the season is over
— Carlo Garganese (@carlogarganese) October 11, 2022
Allegri malah diberikan jaminan akan terus kekal oleh kelab kerana menurut mereka, Allegri dan Juventus sedang merencana sesuatu yang mengujakan dalam projek sukan mereka.
Rekod Allegri dalam enam bulan terakhir benar benar teruk untuk sebuah kelab seperti Juventus. Daripada 17 perlawanan, Allegri cuma membantu Juventus menang 4 kali, seri 5 kali dan kalah 8 kali setakat ini.
Max Allegri: Last 6 months
Played 17
Won 4
Drawn 5
Lost 8Relegation form and Agnelli stuck with Allegri.
Tonight is on Agnelli. The season was salvageable. Now it is over. Agnelli has to go for this call
The most humiliating night in Juve’s modern history #MaccabiJuventus
— Carlo Garganese (@carlogarganese) October 11, 2022
Kali terakhir Maccabi Haifa memenangi perlawanan di tempat sendiri Liga Juara-Juara adalah hampir 20 tahun lalu. Pada 29 Oktober 2002, mereka menewaskan Manchester United kendalian Sir Alex Ferguson 3-0.
Menuju ke perlawanan minggu kelima Liga Juara-Juara, Juventus akan berada sekurang-kurangnya empat mata di belakang pasukan di tempat kedua dalam Kumpulan H, sama ada itu PSG atau Benfica. Untuk berpeluang mara ke peringkat kalah mati, mereka perlu menewaskan kedua-dua pasukan itu dalam dua baki perlawanan mereka.
Saksikan Juventus tewas di tangan Maccabi Haifa dalam rangkuman aksi di sini: