Napoli berjaya menewaskan Juventus dalam aksi ketiga Serie A musim ini. Juventus terus bergelut pada awal musim ini.
Juve tewas 2-1 di Stadium Diego Armando Maradona, walaupun mereka mendahului seawal minit ke-10 menerusi Alvaro Morata.
Napoli berjaya bangkit dan seterusnya menumbangkan The Old Lady pada separuh masa kedua menerusi gol dari Matteo Politano (57 ‘) dan Kalidou Koulibaly (85’).
Kemenangan ini menjadikan Napoli mendahului kedudukan Liga Itali dengan 9 mata, hasil permulaan yang sempurna — tiga kemenangan daripada 3 perlawanan.
Juventus kini berada di tempat ke-16 dengan satu mata, dan masih belum menang setakat ini. Juventus malah dikejutkan Empoli dalam aksi pembukaan. Pasukan yang baru naik ke Serie A.
Juventus in Serie A this season:
◎ Drew 2-2 vs. Udinese
◎ Lost 0-1 vs. Empoli
◎ Lost 1-2 vs. NapoliA nightmare start. 😳 pic.twitter.com/5rXSm0Sfug
— Squawka Football (@Squawka) September 11, 2021
Bukan permulaan yang dijangka semua untuk sebuah pasukan seperti Juventus. Allegri jelas masih mencari formula dan sentuhannya.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Armando Maradona, Napoli terus bermain agresif. Lorenzo Insigne menjadi ancaman besar buat Juve.
Insigne malah hampir menewaskan penjaga gol Juventus pada awal perlawanan. Minit kelapan, Andre Anguissa turut membuatkan penyokong pelawat cemas.
Pada minit ke-10 Morata akhirnya meletakkan Juventus di hadapan selepas merampas bola dari kaki Manolas lalu menewaskan David Ospina.
HT: Napoli 0-1 JUVENTUS
Morata’s lovely goal separates the teams at HT.
Your thoughts?🤔 pic.twitter.com/pAMXgued7o
— JuveFC (@juvefcdotcom) September 11, 2021
Napoli cuba membalas segera gol itu. Victor Osimhen menanduk bola bahaya tetapi Wojciech Szczesny dengan tenang menyelamatkannya.
Seterusnya, Federico Bernardeschi turut menguji Ospina. Namun percubaannya tidak cukup bagus. Morata hampir menambah gol pada lewat separuh masa, malangnya pemain itu menanduk kelangit.
Pada separuh masa kedua, Napoli mengubah tempo permainan. Hasilnya, mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-57
Gol yang ditunggu-tunggu Napoli akhirnya tiba pada minit ke-57. Insigne membidik dari luar kotak penalti namun bola diselamatkan Szczesny, tetapi Matteo Politano menyambar bola di hadapannya.
Gol itu ternyata memberikan tonik lebih kuat kepada Napoli. Di mana pasukan tersebut semakin garang mengasak ke kubu Juve.
Juventus akhirnya bolos lagi pada minit ke-85. Kali ini giliran Kalidou Koulibaly pulak menewaskan Szczesny.
Juventus yang hilang karakter sepanjang perlawanan ini, langsung tidak dapat menyamakan kedudukan.
Di mana mereka menjadi pasukan yang jauh di belakang Napoli dalam semua aspek.
Juventus mungkin tidak perlukan Ronaldo, namun mereka perlukan pemain yang ada karakter penyelamat seperti Ronaldo dalam pasukan mereka.