Juventus Mahu Greenwood Ganti Chiesa, Namun Kecewa United Minta Bayaran €50 Juta

Juventus kini mahukan Mason Greenwood yang disenaraikan untuk dijual oleh Manchester United. Juventus mahukan Greenwood menjadi pengganti kepada Federico Chiesa yang dalam proses untuk dijual oleh kelab itu.

Greenwood menepati ciri ciri seorang penyerang serba boleh yang boleh bermain di kesemua posisi dan menggunakan kedua dua kakinya sama efektif. Dia juga masih muda dan masih banyak ruang untuk membangun.

Man United sebelum ini menyatakan bahawa pemain itu tak akan pergi untuk satu lagi musim secara pinjaman. Dan dia masih tidak berada dalam perancangan Erik Ten Hag.

Juventus memantau perkembangan Mason Greenwood merasakan bahawa pemain itu akan menjadi pilihan terbaik mereka kerana Juve mahu berbelanja berhemah dalam proses mereka keluar daripada krisis kewangan kelab.

Juventus dalam proses mendapatkan Douglas Luis dan Di Gregorio untuk memperkuatkan pasukan mereka. Gregorio dibeli dengan nilai sekitar €18 juta.

Seterusnya Douglas Luiz pula melibatkan cash + pertukaran pemain dalam usaha mereka mengurangkan aliran wang keluar untuk membeli pemain. Weston McKennie akan terlibat dalam perjanjian ini.

Kini Juventus mahu mendapatkan seorang lagi pemain dari liga Inggeris iaitu Mason Greenwood yang cemerlang sepanjang tempoh pinjaman di Getafe. Dia menjaringkan 10 gol dan enam assist dalam La Liga dan Copa Del Rey.

Namun begitu kem Juventus dikatakan tidak gembira dengan permintaan harga €50 juta yang diletakkan Man United untuk pemain tersebut. Ianya dianggap terlalu mahal dan tak munasabah.

Juventus dilaporkan sudah dibenarkan bercakap dengan wakil pemain tersebut. Greenwood berminat untuk ke Juventus. Walaupun ada beberapa tawaran daripada kelab lain, ejen pemain itu memberitahu Juve bahawa mereka adalah keutamaan untuk pemain itu sekarang.

Juventus bagaimanapun tidak setuju dengan harga €50 juta untuk Mason Greenwood.

Wartawan Gianluca Di Marzio melaporkan bahawa Juve cuba meminta kurang harga dan menawarkan harga asas €30 juta untuk pemain tersebut tidak termasuk bonus.

Namun Juventus memberitahu Man United bahawa mereka hanya akan membayar yuran perpindahan itu selepas salah seorang daripada Federico Chiesa atau Matias Sole dijual. Sumber yang sama menyebut kedua dua pemain berminat untuk menyertai AS Roma.