Juventus Mahu Pochettino Ganti Sarri Jika Gagal Capai KPI

Maurizio Sarri kini berdepan dengan tekanan apabila pasukannya keciciran beberapa mata. Membuatkan pasukan seperti Inter Milan pula diberikan talian hayat untuk mengejar mereka.

Agak malang buat Lazio yang turut keciciran beberapa mata. Kalau tak pastinya Lazio berpeluang memintas mereka.

Telegraph melaporkan, lembaga Pengarah Juventus mahukan Maurizio Sarri tidak melepaskan Serie A pada musim ini.

Jika tak, jawatan beliau dalam bahaya. Ini selepas Sarri melepaskan Piala Super Itali dan Piala Itali (Coppa Italia) dalam dua final sebelum ini.

Juventus mempertimbangkan untuk merekrut Mauricio Pochettino sebagai pengganti Sarri jika pengurus itu gagal menepati kehendak mereka.

I Bianconeri baru sahaja melantik Sarri pada awal musim ini setelah Massimiliano Allegri memutuskan untuk mengundurkan diri daripada kerusi pengurus.

Setakat ini, Sarri telah membuatkan ramai penyokong Juventus kurang puas hati dengan prestasi tak konsisten Juventus sedangkan beliau memiliki squad depth yang besar.

Oleh itu, Sarri perlu membuktikan dirinya orang yang tepat dalam mengendalikan Juventus.

Malah Telegraph melaporkan, walaupun Sarri memberikan Juventus kejuaraan Serie A dan UCL sekalipun, ia tidak menjamin masa depan beliau dengan Juventus.

Ini kerana Sarri dilaporkan membuatkan beberapa keputusan yang berisiko dalam pengurusan pasukannya.

Jadi lebih baik Sarri memastikan Serie A berada di dalam genggaman Juventus sekurang kurangnya.

Sebelum ini Juventus melantik Sarri kerana mahu membentu DNA bola sepak yang mantap sama seperti pasukan seperti Barcelona, Man City dan Liverpool.

Sarri dilihat pengendali yang tepat. Namun pada msaa yang sama KPI Sarri pastinya tinggi.

Pochettino pernah membentuk pasukan yang bermain cantik di Spurs walaupun berdepan dengan kekangan dana dan kuasa pengurus.

Juventus boleh menjadi gandingan ideal untuk bekas pengendali Lillywhite itu.

Baca yang lain