Juventus Masuk Jawi?

Juventus telah memperkenalkan jersi berkaligrafi arab pertama mereka. Jersi itu akan digunakan sewaktu perlawanan Piala Super Itali menentang Lazio di Riyadh, Arab Saudi.

Pemain bintang Juventus seperti Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala, dan Douglas Costa berharap dapat mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu sewaktu mengalahkan AC Milan di Stadium King Abdullah, Jeddah.

Juara Serie A itu akan berdepan dengan juara Coppa Italia, Lazio pada hari ahad 22 Disember ini di Stadium Universiti King Saud.

Dan mereka akan memperagakan jersi baru itu yang mendapat sentuhan kolaborasi antara Adidas dan artis Saudi-Morocco, Shaker Kashgari.

Peminat di Arab Saudi boleh mendapatkan jersi yang cantik itu ketika perlawanan sehingga penghujung disember di stor Adidas berhampiran. Bagaimanapun belum ada maklumat lanjut tentang penjualan jersi itu secara komersial ke seluruh dunia.

“Budaya arab adalah bertunjangkan kebanggaan dan keghairahan, benda yang sama yang menyatukan peminat bola sepak dan kelab di seluruh dunia.” Kata Shake Kashgari.

“Kaligrafi adalah tradisi tertua yang dimiliki oleh bangsa arab, dan bola sepak pula memainkan peranan yang besar terhadap masyarakat. Design ini menyatukan kedua-dua elemen itu. Juventus memiliki sejarah yang menarik dan budaya yang dekat di hati. Apa lagi yang boleh meraikan kesemua ini selain dari seni tradisi?” Kata beliau lagi.

Ketua pegawai komersial Juventus, Giorgio Ricci berkata, “Kami ingin menghargai seni dan budaya tradisional menerusi pilihan ini. Juventus sekali lagi terbukti dekat dengan peminatnya dari seluruh dunia dengan pengenalan jersi ini. Kolaborasi bersama artis yang hebat seperti Shaker Kashgari memberi nilai yang tinggi kepada perlawanan Piala Super Itali yang bakal menjelang nanti.”

Jadi bersediakah anda untuk memburu jersi terhad bertulisan Runaldu nanti? Kalau jumpa sila pm admin.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di