Juventus Minta Chelsea Bayar €50 Juta + Lukaku Untuk Dusan Vlahovic

Prospek perpindahan melibatkan pertukaran pemain Lukaku dan Vlahovic terus penuh drama.

Pada Julai lalu, Juventus mencadangkan agar kedua dua kelab membuat kesepakatan pertukaran pemain antara Vlahovic dan Lukaku.

Memandangkan Lukaku tidak mahu bermain untuk Chelsea dan kemudian pengurus Juve, Max Allegri tidak mahukan Vlahovic.

Ketika itu Chelsea menolak cadangan tersebut. Kerana mereka ada sasaran lain berbanding dengan Vlahovic.

Chelsea mahukan wang bulat bulat untuk Lukaku berbanding dengan perjanjian pertukaran pemain.

Namun usaha Cheslea untuk menjual Lukaku ke Inter berdepan masalah. Ini selepas Inter menarik diri daripada meja rundingan gara gara Lukaku kantoi mengkhianati mereka dengan mengadakan rundingan di belakang.

Dalam rundingan itu, Juventus berjanji dengan Lukaku mereka akan menanadatangani pemain itu dengan harga sekitar €35 juta hanya selepas mereka berjaya menjual Vlahovic.

Rundingan antara Juve dan Lukaku dilaporkan kali pertama berlaku sehari sebelum aksi final UCL musim lalu.

Tetapi Vlahovic tidak menarik minat mana mana kelab lain pada masa ini. Ada beberapa kelab hanya memantau perkembangan Vlahovic namun tidak menunjukkan lebih keinginan untuk membeli pemain itu.

Antaranya Real Madrid yang dilap0rkan berminat mendapatkan Vlahovic sebagai ganti untuk Karim Benzema dan sementara menunggu kedatangan Mbappe secara percuma musim depan.

Namun Ancelotti kelihatan berpuas hati dengan set serangan dia ada pada masa ini.

Akhirnya Chelsea datang kepada Juventus dan membangkitkan semula kertas cadangan Juventus bulan lalu.

Mereka kini sedia menukar ganti Lukaku dengan Vlahovic.

Ini kedengaran mudah bukan? Tidak! Kini Juventus mahukan sekitar €50 juta wang daripada Chelsea disertakan dengan Lukaku sekali. Kerana Juve menilai Vlahovic sebagai pemain €80 juta. Dan Lukaku bernilai €30 juta.

Permintaan Juventus ini jika diteruskan dijangka akan menyukarkan sekali lagi kedua dua kelab dalam usaha mereka mahu mengeluarkan 2 nama tersebut.

Lukaku baru baru ini sudah meminta maaf daripada rakan rakannya di Inter Milan dan dia mahu menjernihkan semula hubungannya dengan kelab itu serta sedia melupakan tawaran dari Juventus.

Lukaku turut memberitahu peminat baru baru ini bahawa rundingan dia ke Juventus tidak akan berlaku.

Peminat Inter berkata kepada Lukaku: “Jika kau sign untuk Juventus, jangan sebut Forza Juve [pada majlis pengenalan].”

Lukaku membalas: “Tak, tak akan pernah. Saya tak rasa rundingan itu akan jadi.”

Seterusnya Dusan Vlahovic pula dikatakan lebih memilih untuk ke PSG berbanding Chelsea kerana mahu bermain di UCL.

Namun isu dia sekarang PSG masih sukar untuk menuruti tanda harga €80 juta diminta oleh Juventus untuk pemain tersebut.