Juventus Pecat Sarri

Juventus membuat keputusan untuk memecat pengurus mereka Maurizio Sarri daripada jawatannya.

Perkara itu disahkan sendiri oleh kelab menerusi satu kenyataan media rasmi. Ia sangat mengejutkan kerana Sarri baru sahaja memberikan kejuaraan Serie A untuk Juventus.

Namun mengambil kira cita cita Juventus yang mahukan UCL, Ianya mungkin alasan utama di sebalik semua itu.

Juventus mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kepada Maurizio Sarri.

Pemecatan Sarri itu berlaku sehari selepas Juventus tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah di tangan Lyon.

Di mana Juventus tewas perlawanan pertama di Lyon 1-0. Mereka menang perlawanan kedua di Turin dengan dua gol oleh Cristiano Ronaldo. Di mana Juve mencatatkan skor 2-1.

Namun ianya tak cukup untuk membantu mereka marah kerana mereka tersingkir berdasarkan peraturan jaringan gol di tempat kawan.

Sebelum ini Pengarah Juventus, Fabio Paratici memberikan jaminan bahawa Sarri akan terus kekal mengendalikan Juventus.

Ianya adalah kenyataan balas kepada persoalan oleh wartawan sama ada Sarri dalam bahaya dipecat berikutan prestasi tak menentu Juventus dalam beberapa perlawanan.

Ini termasuk kegagalan dalam dua final piala domestik.

Sarri menyertai Juventus dari Chelsea. Pengurus itu dibeli oleh Juventus selepas mereka berpisah dengan Max Allegri.

Juventus menyatakan mereka mahu membentuk pasukan dengan DNA yang cantik.

Sarri memberikan kejayaan Serie A kesembilan berturut-turut untuk Juventus. Namun ia tak cukup untuk beliau terus kekal di Turin.

Ke mana agaknya destinasi Sarri selepas ini?

Dan siapa pula yang akan mengendalikan Juventus?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi