Juventus Rimas Dengan Ramsey Yang Cerewet Memilih Kelab

Juventus dilaporkan semakin rimas dan merasa jengkel dengan Aaron Ramsey. Ini apabila pemain tengah itu menolak tawaran daripada Newcastle United sebelum ini.

Keadaan itu benar benar membuatkan Juventus tidak gembira. Kerana pemain itu sebelum ini menyatakan bahawa beliau berminat untuk kembali semula ke England.

Juventus berdepan dengan bil gaji pemain yang tinggi serta hutang yang banyak pada ketika ini.

Ramsey antara pemain yang disenaraikan untuk dilepaskan berdasarkan tangga gaji yang beliau ada di Juventus.

Ramsey berpindah ke Juventus secara percuma dari Arsenal. Menggandakan gajinya dari £100k seminggu di Arsenal kepada £400k seminggu di Juventus.

Namun sejak berpindah ke kelab yang berpangkalan di Turin itu, Ramsey terus gagal menjadi pemain kesebelasan utama kelab walaupun pengurus sudah bertukar ganti.

Selain daripada Newcastle, Ramsey sebelum ini menolak tawaran daripada Burnley dan juga Wolverhampton Wanderers.

Max Allegri sudah mengesahkan bahawa Ramsey bukan pemain yang berada dalam perancangannya dan pemain itu sedang mencari kelab baharu.

Ramsey sebelum ini diberikan cuti sebelum ini untuk membolehkannya berunding dengan mana mana kelab di England.

Allgeri malah mengesahkan bahawa Ramsey sebagai pemain yang sedang dalam proses angkat kaki.

Kini Crystal Palace pula tampil untuk mendapatkan khidmat Ramsey. Ianya akan menjadi kunci terakhir untuk Juventus melepaskan pemain itu.

Mereka benar benar berharap Ramsey akan tertarik untuk bergabung dengan bekas kapten legenda Arsenal iaitu Patrick Vieira.

Juventus sedar, sangat sukar untuk mereka menjual Ramsey ketika ini. Cara terbaik buat masa ini adalah perjanjian pinjaman dengan kelab yang meminjam membayar sebahagian besar gaji pemain itu.

Menurut Calciomercato.com, Ramsey sangat cerewet dan telah menolak tawaran dari Newcastle, Wolves, Burnley serta beberapa kelab Sepanyol.

Ramsey merupakan pemain tengah prolifik dengan rekod gol yang baik ketika bersama dengan Arsenal. Beliau masih menjadi pemain penting untuk negaranya Wales.

Ramsey seringkali mengalami kecederaan. Namun beliau tetap yakin bahawa beliau akan menjadi pemain penting dalam sesebuah pasukan.

Kelab lama Ramsey iaitu Arsenal dilihat lebih berminat dengan Arthur Melo. Yang turut berada dalam senarai untuk dilepaskan bersama sama dengan Adrien Rabiot walaupun Allegri meyukai pemain Perancis itu.

Namun bil gaji Rabiot sangat tinggi sama dengan Ramsey dan juga Arthur.

Juventus musim ini kesulitan untuk menanggung kos operasi pasukan mereka yang terlalu tinggi dengan pendapatan yang sangat renda di Serie A berbanding liga lain seperti EPL dan La Liga.

Pada masa yang sama, ketika musim lockdown, stadium kosong telah memburukkan lagi keadaan kepada kelab.

Juventus antara pasukan yang masih kekal menyokong idea Liga Super Eropah yang dicadangkan oleh Florentino Perez.

Ini kerana mereka melihat ESL sebagai penyelesaian penting kepada masalah hutang yang ditanggung kelab ketika ini.

Selain itu, sikap boros Juventus sebelum ini dalam menawarkan gaji tak masuk akal kepada pemain ejen bebas telah memakan diri. Kerana mereka berdepan dengan lambakan pemain seperti di posisi tengah kerana polisi perpindahan yang sign dulu baru fikir nak pakai kat mana – untuk ejen bebas yang dirasakan bertaraf bintang.

Sejak daripada musim lalu Juventus cuba melepaskan beberapa pemain mereka untuk membantu kelab mengurangkan kos perbelanjaan. Antaranya Cristiano Ronaldo yang terpaksa dilepaskan dengan harga sangat rendah. Yang penting mereka dapat mengosongkan gaji pemain yang sangat tinggi.

 

Baca yang lain