Juventus Serius Mahu Pogba, United Tak Nak Rugi Sesen

Juventus membangkitkan sekali lagi minat mereka kepada bekas pemain mereka sendiri iaituPaul Pogba.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa Juventus akan cuba mendapatkan Pogb apabila jendela perpindahan dibuka kelak.

Ini selepas mereka menjual Pogba dengan harga €100 juta kepada Man United beberapa musim lalu.

Juventus kini mahu tahu sama ada Pogba benar-benar mahu meninggalkan Man Utd dan menyertai mereka seperti mana yang diwar-warkan oleh ejen Pogba, Mino Raiola sebelum ini.

Manchester United dikatakan tidak menutup peluang untuk Pogba pergi. Namun kelab gergasi Inggeris itu sudah menyatakan sebelum ini mereka tidak mahu menganggung sebarang kos lebih rendah daripada apa yang mereka bayar.

Ini bermakna United mahukan sekurang-kurangnya €100 juta untuk pemain kebangsaan Perancis itu.

Tetapi sebelum Ini United sudah menegaskan mereka hanya akan menjual Pogba dengan nilai €150 juta. Nilai yang mereka rasakan sudah murah selepas dikurangkan €30 juta daripada apa yang mereka pernah letak pada tanda harga pemain itu.

Apa yang rumit sekarang adalah, Man United ada kuasa untuk melanjutkan kontrak Pogba setahun lagi sehingga 2022. Klausa yang sering dimasukkan United pada pemain mereka sejak akhir akhir ini.

Oleh itu United merasakan mereka tidak akan menanggung sesen pun kerugian daripada penjualan Paul Pogba.

Juventus percaya Paul Pogba sentiasa ingin pulang ke Turin. Ini kerana beliau sudah beberapa kali memberikan bayangan bahawa mahu kembali semula ke Juventus.

Pogba merupakan pemain kesayangan penyokong Juventus. Jadi, tidak hairan Juve mahu mendapatkan pemain itu semula.

Jika mereka mendapatkan Pogba, Juventus dijangka akan membayar gaji pemain itu €14 juta setahun.

Namun struktur gaji di Juventus ketika ini agak terlalu tinggi. Dijangka mereka akan melepaskan beberapa pemain tengah pada perpindahan akan datang.

Ia bukan  perpindahan yang mudah untuk dimeterai. Malah Fabrizio Romano juga meramalkan Juventus akan cuba untuk berunding dengan Paul Pogba untuk pengurangan gaji.

Kehadiran Bruno Fernandes juga dikatakan antara sebab kenapa Juventus yakin mereka akan mendapat peluang lebih baik mendapatkan Pogba berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, Mino Raiola sudah menyatakan bahawa Pogba sentiasa menjadikan Juventus sebagai sasaran utama perpindahannya.

Raiola menjelaskan bahawa Pogba seolah olah terperangkap dengan situasi tidak menentu di Old Trafford dalam beberapa musim ini.

Namun Pogba juga tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan kontrak baharu dengan syarat beliau mendapat gaji tertinggi di Old Trafford.

Dikatakan Pogba mahukan sekurang-kurangnya €420,000 seminggu di Old Trafford. Gaji itu adalah kadar gaji yang diterima oleh Alexis Sanchez.

David De Gea sudah pun melanjutkan kontrak di Old Trafford baru baru ini dan menerima sekitar €392,000 / GBP350,000 seminggu.

Juventus sedar, mereka berhadapan dengan persaingan daripada pasukan seperti Real Madrid yang turut berminat dengan Pogba.

Madrid mahukan Pogba menggantikan Luka Modric yang dijangka akan pergi selepas tamat musim ini.

Sumber: Fabrizio Romano / Calcio Mercato