Juventus Tawarkan Vlahovic Kepada Arsenal Kerana Teringat Mereka Mahukan Pemain Itu

Juventus dilaporkan menawarkan penyerang mereka Dusan Vlahovic kepada Arsenal.

Pada 2022, Arsenal menghantar bidaan €57 juta untuk mendapatkan pemain itu. Vlahovic ketika itu dikatakan menolak tawaran ke Arsenal kerana sudah mencapai kesepakatan dengan Juventus akan pergi ke kelab itu.

Membuatkan Fiorentina agak bengang mengetahui perkara itu.

Vlahovic pada masa itu sudah memutuskan bahawa dia hanya mahu ke Juventus yang beraksi di UCL. Sedangkan Arsenal bergelut untuk mara ke UCL.

Juventus kini mahu menjual pemain itu bagi meraih dana daripada penjualan pemain.

Ianya sebahagian langkah Juventus mahu memulihkan akaun FFP mereka yang agak kurang sihat pada masa ini.

Juventus baru dibebaskan daripada pelbagai pertuduhan salah laku kewangan. Dan dikembalikan semula 15 mata.

Dusan Vlahovic bergelut untuk menepati tag harga yang ada padanya sejak menyertai Juventus.

Kelab yang bergelar The Old Lady itu sedia untuk menjual pemain itu. Ianya hasil perbincangan dengan ejen Vlahovic yang merasakan bahawa Arsenal pastinya masih berminat dengan pemain itu.

Juventus menawarkan Arsenal peluang sekali lagi mendapatkan Vlahovic.

Memandangkan pemain itu dikehendaki Arteta sebelum ini. Dan sudah tentunya, ianya atas dasar taktikal.

Vlahovic menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang perbincangan tersebut antara ejennya dan kelab. Kerana fokusnya kini adalah aksi di atas padang.

Juventus meminta Arsenal membayar €90 juta sahaja untuk pemain tersebut. Cuma ambik untung sikit je daripada €70 yang mereka bayar sebelum ini.

Jika Arsenal tidak lagi berminat dengan Vlahovic, maka Juventus akan menawarkan pemain itu kepada kelab lain seperti Bayern Munich.

Perkara itu pastinya memerlukan pertimbangan semula oleh Arsenal. Kerana ketika ini mereka memiliki bintang muda yang cemerlang di Ligue 1 sebagai penyerang iaitu Folarin Balogun.

Baca yang lain