Chelsea dilaporkan sudah memulakan langkah mendapatkan bintang muda Euro 2020 Itali iaitu Federico Chiesa. Di mana The Blues menawarkan £85 juta kepada Juventus.
Wartawan BILD, Christian Falk, mengesahkan bahawa berita itu benar. Kini Chelsea sudah memberikan isyarat kepada Juventus bahawa mereka sudah sedia untuk membeli pemain itu dan menyediakan £85 juta.
Chiesa merupakan pemain penyerang sayap lincah. Memiliki kemampuan sebagai pencipta gol dan juga penjaring gol yang baik.
Beliau masih muda dan masih ada masa yang banyak untuk berkembang ke potensi optimumnya.
Namun Juventus dikatakan tidak mahu menjual pemain itu. Malah mereka tidak mahu berunding sama sekali dengan Chelsea berkaitan dengan penjualan Chiesa.
TRUE ✅ @ChelseaFC has asked @juventusfc for a transfer of @federicochiesa. offered basis for negotiation: 100 mio €. Juventus has declined talks
— Christian Falk (@cfbayern) July 14, 2021
Pemain berusia 23 tahun itu menjadi bintang utama Itali di barisan serangan pada kempen Euro 2023 dan membantu negaranya menjuarai Euro.
Musim hadapan merupakan musim kedua Chiesa bersama dengan Juventus secara pinjaman dari Fiorentina. Juventus seenarnya ada klausa pembelian tetap pada kontrak tersebut.
Tuchel dikatakan sudah lama berminat dengan Chiesa. Malah sudah meletakkan nama pemain itu dalam senarainya sejak musim lalu lagi selepas kejayaan Chelsea menjuarai UCL.
Selain daripada Chiesa, Chelsea turut berminat mendapatkan Erling Haaland dari Borussia Dortmund.
Tuchel akan menikmati musim pertamanya bersama Chelsea pada musim hadapan. Chelsea sudah memberikan jaminan bahawa mereka akan menyokong Tuchel dalam jendela perpindahan kali ini.