K-pop Idol Kena Tampar Hanya Kerana Nak Tutup Kaki Kawannya Yang Terdedah Ketika Live

Agensi kumpulan K-pop Fanatics menerima keceman. Ini selepas salah seorang krewnya dilaporkan menampar salah seorang ahli kumpulan Fanatics hanya kerana dia mahu menutup kaki kawannya yang terlalu terdedah.

Fanatics ketika itu melakukan V Live broadcasts. Via, Chaelin, Doi dan Rayeon duduk di hadapan kamera dan sedang melakukan cabutan bertuah untuk peminat mereka.

Dua lagi ahli mereka tidak berada dalam sesi itu dan di belakang kamera.

Ketika siaran langsung sedang berjalan, kamera kemudian menghala ke bawah dan merakam kaki keempat empat gadis itu.

Pada awalnnya Yoonhye  memberikan selimut, namun hanya muat untuk dua orang rakannya yang dilihat tak selesa.

Dan dua orang lagi tidak ada selimut. Kamera kemudian memfokuskan kepada bahagian yang seksi itu.

Menyedari ianya terlalu seksi, maka Yoonhye sekali lagi memberikan bantuan kepada rakannya untuk menutup bahagian yang terlalu terdedah.

Ini selepas dia melihat dua orang rakannya seolah olah tak selesa melihat paparan kamera di dalam siaran langsung itu.

Beberapa kali dua rakannya itu cuba mengubah posisi. Lalu dia menawarkan bantuan kepada rakannya dengan menghulurkan selimut yang seperti sehelai jaket untuk menutupnya.

Itu biasa dilakukan oleh artis Kpop yang tak selesa kerana terlalu seksi di hadapan tv.

Namun satu kejadian mengejutkan berlaku. Ianya apabila gadis yang membantu rakannya itu ditampar oleh salah seorang staf di belakang kamera.

Rakan rakannya tergamam melihat dia diperlakukan sebegitu.

Gadis gadis itu kemudian dalam keadaan serba salah dan seperti ketakutan terus membuka kembali selimut itu.

Jelas kedengaran audio ketika siaran langsung itu, seseorang berkata:

“Kenapa kau tutup kaki mereka bodoh? Aku nak kaki tu ditayangkan, kamu ni bongok ke apa?

Jelas sekali reaksi mereka dalam keadaan yang takut dan menurut sahaja. Mereka juga tak mampu berbuat apa apa dengan apa yang berlaku kepada rakan mereka.

Sejak daripada siaran itu, ramai peminat kumpulan itu mengecam pengurusan Fanatics. Mereka mahukan kesemua staf yang terlibat dalam siaran langsung itu dipecat.

Beribu ribu lagi menyatakan kebimbangan mereka kepada keselamatan dan perasaan ahli kumpulan tersebut yang berdepan dengan.

Lalu, ramai yang bercakap bahawa industri K-pop pada hari ini menjadi sangat bermasalah dengan memanipulasi wanita dengan sesuka hati mereka.

Ada yang menganggap ini adalah salah satu bentu penindasan dan eksploitasi seksual.

Ini bukan pertama kali kes pemerasan, paksaan dan pembulian berlaku dalam industri K-pop yang membuatkan ada di antara idol ini menderita secara mental dan fizikal.

Ada yang sampai mencabut nyawa mereka sendiri kerana terlalu tertekan berada dalam industri yang penuh dengan manipulasi serta kontrak yang berat sebelah.

Tetapi ada beberapa pengurusan mulai mengambil langkah lebih pro aktif untuk memastikan industri K-pop bukan neraka bagi idol.

Pengurusan Fanatics kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan berjanji insiden seperti itu tak akan berlaku lagi.

“Sebagai sebuah agensi, kami mengenalpasti betapa seriusnya insiden itu, di mana seorang staf kami telah melakukan tindakan tidak sepatutnya ketika V Live kumpulan Fanatics pada 7 September.”

“Pertama sekali, kami memohon maaf kepada semua ahli kumpulan Fanatics dan peminat yang tersinggung kerana perkara ini.”

“Agensi sudah mengenalpasti staf yang mengherdik dengan komen tak sepatutnya, dan tiada alasan, orang itu akan bertanggungjawab. Tindakan akan diambil ke atas mereka.”

“Sekali lagi, kami mohon maaf kepada peminat yang meyayangi Fanatics dan kami akan sedaya upaya melindungi artis yang kamu sayangi. Terima kasih.

Namun para peminat Fanatics masih tak puas hati kerana dalam kenyataan tersebut tidak dinyatakan insiden bunyi seseorang kena tampar.

Lebih mengejutkan netizen mendapati bahawa salah seorang staf di belakang tabir itu adalah CEO syarikat pengurusan mereka.

Mereka mahukan jaminan bahawa setiap ahli itu berada dalam persekitaran yang selamat.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil