Kad Laporan Gred Pertengahan Penggal 1 Jurulatih Liga Super

Kali ni aku nak ulas sikit prestasi coach di MSL. Aku ambil pertimbangan team mereka bawa, expectation dan result mereka dapat.

So tak semestinya duduk atas aku terus bagi gred bagus.

OK, i tak sabar ni

Baiklah, artikel ni just penilaian aku secara peribadi. So harap korang faham la. Nak dengar juga komen korang nanti.

Santai gaiss….

1. Benjamin Mora – B-

Johor Darul Ta’zim Head Coach, Benjamin Mora photo before Malaysia Super League 2017 match against Selangor at Larkin Stadium, Johor Bahru. Pix by Rizanizam/asiana.my

Walaupun ada segala perkakas dan kelengkapan terbaik digunakan, beliau masih belum mencapai A dalam Liga Super.

Beliau tahu, penanda aras dekat beliau adalah tinggi selaku juara bertahan.

Namun untuk ACL, dia cemerlang A+.

Markah aku mana axello?

2. Mehmet Durakovic – A

IPOH 01 AUGUST 2017. Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic di Stadium Perak, Ipoh. NSTP/ABDULLAH YUSOF

Boleh dikatakan Mehmet dapat A kali ni. Pasukan yang tak melakukan persiapan dengan baik pada pra musim.

Fans Perak sendiri pun tak tahu apa team dia buat pra musim. Tiba tiba keluar gambar jumpa De Paula.

A sebab persiapan agak tak menentu tapi still dapat result sampai berada di tangga kedua.

3. Zainal Abidin – C

C je ke?

Bermula dengan baik. Namun terciduk dalam dua perlawanan terakhir mereka. Melaka sepatutnya lebih baik dalam permulaan ni.

Mereka ada team yang bagus dan membuat persiapan yang bagus musim ni. Cuma tak dapat result lebih baik untuk mencabar pasukan macam JDT.

Beliau sudah bersama Melaka dalam beberapa musim. Jadi, harus capai konsitensi segera kalau nak mencabar kejuaraan liga.

4. Dollah Salleh – B+

Jap, apasal aku dapat C, Dollah dapat B+?

Nak je bagi A kat Dollah Salleh ni. Namun B+ adalah fair untuk team macam Pahang pada kedudukan sekarang.

Dapat B+ dengan cara beliau sendiri la. Pasukan yang lack of preparation dan hilang kapten berpengaruh, hilang Safuwan yang merupakan key player – ditambah dengan terpaksa kekalkan Nwakaeme, tetapi still dapat top 4.

Macam eiiii. nak je aku carut ni Nal

Preparation mereka kali ni memang agak teruk. Tu tak cerita lagi pasal Twitter dia.

5. Kurniawan – B+

Untuk pasukan yang baru naik ke MSL. Mendapat 1 kemenangan dan 2 keserian adalah not bad at all untuk Sabah.

Kurniawan baru sahaja menjadi coach di Malaysia. Dan semua ni kerana preparation yang bagus dibuat.

Apasal dia posing macam tu pulak?

6. Nidzam Jamil – A

Nidzam Jamil boleh dikatakan dapat A setakat ni. Berjaya mencuri mata dari Larkin. Kena ingat mereka hilang marquee player sebelum ni.

Mereka bermain baik pada permulaan ni sebagai sebuah pasukan dengan pendekatan taktikal yang jelas.

Nidzam berjaya menaikkan prestasi beberapa pemain termasuk Jasazrin.

Aku tak puas hati, kenapa aku dapat C

7. B Satiananthan – D

Lulus sebahagian. B Satiananthan mendapat apa yang dia nak pada jendela perpindahan. Mungkin mereka pasukan paling banyak signing kali ni.

Musim lepas coach Satia cakap lack of signing sebab beliau agreed nak bantu pasukan kurangkan kos. Kali ni, Selangor masih ada gunung untuk didaki apabila penggal MSL bersambung lagi.

Mereka adalah pasukan yang ada prepration terbaik musim ini. Siap buat pre season tournament. Usaha yang padu dari FAS. Itu menunjukkan sasaran mereka musim ni tinggi.

Hehe…

8. Aidil Sharin – D

Pasukan yang sepatutnya sudah memiliki recognized team dan style of play. Hampir je nak bagi E. Tapi considering pasukan ni attacking mereka bagus, walaupun banyak membazir.

Aidil terus bergelut dalam kempen liga yang memerlukan konsistensi. Adakah Aidil akan membawa Kedah menjadi cup competitions specialist sekali lagi?

Defending tu barai sikit.

9. Nafuzi Zain – B-

Terengganu ni ada team yang bagus tetapi masih ada isu kritikal dengan pertahanan. Berjaya comeback 2 game dengan gol yang banyak tu buat aku bagi dia B.

Tapi kena tolak sikit sebab pertahanan buat mereka agak down.

Sorry coach bukan senyum kat mung, saja senyum kat Aidil

10. Frank Bernhardt – C

Berhardt masih tercari cari formula bersama UiTM FC. Harap lebih baik. Not bad sebab hampir setiap game diorang bagi fight.

Sebelum kau umum yang terakhir ni, jawab dulu kenapa aku dapat C???? BTW Bernhardt suruh pakai gambar aku kat sini.

11. K. Devan – D

Mungkin patut berada di kedudukan lebih baik dalam league. Sebab beliau ada pasukan yang bagus musim ini.

12. E Elavarasan – C

Untuk pasukan seperti PDRM ianya expected untuk berada di kedudukan sekarang. Berjaya juga merembat 1 mata.

Rumusan

Itu penilaian peribadi aku setakat ni. Nak dengar penilaian korang pula. Ke ada yang nak appeal agar gred ditambah atau dikurangkan.

Hisshh