Laporan teknikal Xavi Harnandez dari La Masia, Barcelona, melibatkan, telah tertiris di internet sebelum ini.
Ianya adalah laporan teknikal Xavi Hernandez yang ketika itu bermain untuk pasukan B-14 Barcelona. Mesti korang nak tahu bagaimana laporan scouting dan pembangunan beliau bukan?
Xavi maestro legenda
Xavi Hernandez merupakan antara pemain tengah terbaik di dalam generasi beliau. Bermain dalam generasi emas Barcelona dan Sepanyol.
Namun di sebalik kejayaannya itu pastilah ada sistem yang terbaik dalam membangunkan beliau. Dan beliau merupakan graduan La Masia. Xavi sangat pakar dalam bebicara soal sistem permainan ini.
Kad laporan Xavi ketika berusia 14 tahun
Seorang penulis di Obsses Football iaitu Kavanagh telah berjaya mendapatkan helaian laporan teknikal Xavi Hernandez itu daripada Hooman Reyhani dari Marca.
Laporan penilaian ini sangat penting untuk memastikan seseorang pemain remaja itu terus diperbaiki dan juga dinaikkan pangkat mengikut keperluan.
Daripada laporan itu, ini adalah rumusan ringkas beberapa butiran yang diambil kira dalam penilaian itu:
- Koordinasi: Baik, gerakan yang betul tetapi kurang kelajuan
- Fleksibiliti: Biasa. Pemain ini sangat kurang dalam aspek ini
- Skil: Bagus walaupun tidak bermain di peranan utama
- Kelajuan: Biasa. Pemain harus meningkatkan kelincahan dan kelajuan pergerakan
- Kawalan bola: Cemerlang
- Hantaran: Sangat baik. Pemain harus memperbaiki aspek hantarn dengan kaki kiri
Posisi di atas padang: Cemerlang. Tidak syak lagi, ini adalah kualiti terbaik pemain ini. Dan beliau sentiasa berada di tempat yang terbaik, sentiasa memberikan sokongan, dan memberikan tambahan nilai kepada rakan sepasukannya.
Barcelona legend Xavi Hernandez technical report from 25 years ago at age U14 for FC Barcelona I got via Hooman Reyhani & Marca. Translations of some below. pic.twitter.com/4etOxC4Hpy
— Kavanagh (@ObsessFootball) November 23, 2019
Ulasan daripada rumusan laporan teknikal Xavi Hernandez di atas
Dari segi larian Xavi merupakan pemain yang tidak laju berlari dan ada masalah untuk ‘pick up’ kelajuannya. Ini kerana Xavi adalah pemain yang ada tabiat berlari dengan tumit. Beliau tidak berjengket ketika berlari.
Dari segi keseimbangan, beliau pemain yang baik dari aspek ini. Tetapi kurang kelajuan pada lariannya.
Xavi bukan pemain yang fleksibel dan dalam laporan tersebut, Xavi diminta untuk bekerja keras lagi meningkatkan aspek ini.
Coordination: Good, movements are correct but you're lacking in speed.
Flexibility: Regular. He lacks a lot of work in this regard.
Skill: Good Without being his forte.
Speed: Regular. You should improve your agility and speed of movement.
Controls: Excellent.
— Kavanagh (@ObsessFootball) November 23, 2019
Sementara itu, untuk aspek Skil: Xavi pemain yang bagus dan menjadi salah satu kekuatan utama beliau. Beliau pemain yang ada keupayaan untuk mengambil kesempatan di atas banyak situasi di dalam padang.
Berdasarkan laporan teknikal Xavi Hernandez seorang pemain yang sangat cergas / fit. Beliau memiliki kecergasan yang sangat diperlukan oleh setiap pemain tengah.
Beralih ke aspek kekuatan otot pula, Xavi dikategorikan sebagai bagus untuk perkara ini.
Apa yang pasti, Xavi diarahkan untuk meningkatkan lagi kelincahannya di dalam permainan dan gerakan serta lariannya.
Walaupun bukan pemain yang laju bergerak, Xavi adalah pemain yang dikurniakan dengan bakat kawalan bola yang dinilai sebagai cemerlang.
Ketika berusia 14 tahun, Xavi merupakan penghantar bola yang baik. Cuma beliau perlu meningkatkan lagi hantaran dengan kaki kiri. Namun begitu, hantaran merupakan kekuatan utama Xavi.
Paling menarik, Xavi Hernandez berdasarkan laporan ini, merupakan seorang ‘crosser’ yang baik. Namun laporan ini juga menyebut, pemain ini tidak banyak terdedah kepada situasi yang memerlukan beliau melakukan hantaran silang.
Oleh kerana sistem permainan dan DNA Barcelona dari sistem youth ke pasukan senior yang bermain dengan tiki taka dan permainan posisi serta hantaran pendek, maka Xavi tidak menekankan aspek ini untuk dibangunkan secara skala besar.
Passes: Very good. You should improve on the left leg.
Position in the field: Excellent. It is undoubtedly its best quality. It is always where it should be and it is always a support and a valid way out for your teammates.
— Kavanagh (@ObsessFootball) November 23, 2019
Dari segi ketepatan percubaan ke arah gol, Xavi diletakkan dalam kategori boleh diterima atau ok. Dan diminta untuk meningkatkan lagi aspek itu kerana beliau banyak terlibat dalam serangan, seperti Guardiola.
Walaupun Xavi bukan pelari yang laju, tetapi beliau seorang yang memiliki kualiti larian yang sangat baik. Beliau ada naluri yang sangat bagus untuk melindungi bola dan dalam laporan itu, Xavi dikatakan hampir tak pernah hilang bola sepanjang penilaian.
Xavi pemain yang memiliki gelecekan yang baik. Walaupun tanpa elemen ini, beliau masih memiliki kekuatan yang sangat baik.
Kekuatan dan aset penting Xavi yang lain adalah pemposisian yang cemerlang. Di mana, laporan tersebut menganggap ini adalah kualiti terbaik beliau. Di mana Xavi sentiasa memberikan sokongan kepada kawannya.
Xavi bukan pemain yang terlalu agresif namun gaya permainannya yang tersendiri membuatkan beliau kelihatan agak agresif ketika menyerang. Dan aspek agresiviti ini antara perkara yang diletakkan dalam senarai sukar untuk diberikan penilaian.
Rumusan
Daripada laporan teknikal Xavi Hernandez memiliki beberapa elemen permainan kuat dan dominan. Dan ia sudah dikesan dari awal.
Beliau juga ada beberapa kelemahan yang tidak membuatkan beliau pemain yang teruk. Misalnya, kelajuan. Kita selalu menilai pemain yang laju berlari adalah pemain yang baik.
Namun dalam kes Xavi, beliau bukan pemain yang laju, namun masih boleh menguasai dan mengawal tempo dengan cara beliau. Itu yang dinyatakan secara ringkas di dalam laporan teknikal Xavi Hernandez.