Kad merah terus / straight diterima pemain tengah Liverpool, Alexis MacAllister telah ditarik balik.
Ianya selepas pemain itu memutuskan untuk mencabar keputusan kad merah itu dengan membuat rayuan.
Berdasarkan peraturan FA Inggeris, jika seseorang itu kalah dalam rayuan kad merah, mereka akan dikenakan tindakan lebih berat.
Namun dalam kes MacAllister, pemain itu membuktikan bahawa dia menjadi mangsa kesilapan pengadilan.
Inilah insiden yang membuatkan MacAllister dibuang padang. Sedangkan ianya adalah insiden yang tidak disengajakan dengan kakinya tidak di’lurus’kan ketika berlaku bentesan tersebut.
Mac Allister got a red card for this.
The game is gone. pic.twitter.com/8HUyn5sm2r
— – (@AnfieldRd96) August 19, 2023
Mac Allister dibuang padang pada aksi menentang Bournemouth di Anfield. Di mana Liverpool pada ketika itu mendahului 2-1. Teh Reds berjaya menambah gol beberapa minit selepas Mac Allister dibuang padang untuk memastikan kemenangan 3-1 milik mereka.
Menurut jurucakap FA Inggeris: “Jawatankuasa peraturan bebas telah membatalkan hukuman penggantungan 3 perlawanan ke atas Alexis MacAllister selepas kesilapan pengadil membuang padang pemain tersebut.”
“Pemain Liverpool itu dibuang pada atas kesalahankekasaran serius ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth pada Sabtu, 19 Ogos.”
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) August 22, 2023
Berita ini pastinya melegakan Jurgen Klopp kerana pemain itu kini tersedia untuk beraksi menentang Newcastle.
Liga Perdana Inggeris baru sahaja bermula. Kontroversi pengadilan terus berlaku. Sebelum ini 3 pegawai perlawanan digantung tugasan kerana kesilapan pengadilan pada aksi Man United vs Wolves pada perlawanan pembukaan.
Kemudian kapten Man United, Bruno Fernandes mempersoalkan kenapa pasukannya dinafikan 2 penalti yang jelas pada aksi menentang Spurs.