Premier League mengesahkan bahawa kad merah pelik yang dilayangkan oleh Mike Dean kepada Tomas Soucek ditarik balik.
Pemain West Ham United, Tomas Soucek dilayangkan kad merah kerana cuba menukar kedudukan badannya dengan mengangkat tangannya.
Keputusan pengadil Mike Dean untuk membuang padang Tomas Soucek telah menimbulkan persoalan. Bukan sahaja netizen yang bengang tetapi pundit juga.
Jamie Redknapp menjelaskan beliau tak pasti apa yang telah dilakukan pengadil, sedangkan pengadil berada betul betul di hadapan insiden itu.
🗣"The fact Mike Dean went over there and still thinks it's a red card is a genuine worry to me"
Jamie Redknapp is not happy with Tomas Soucek's late red card in the West Ham V Fulham game pic.twitter.com/5Ms9mYqglq
— Football Daily (@footballdaily) February 6, 2021
Pemain tengah dari Republik Czech, Soucek secara tak sengaja sikunya terkena Aleksandar Mitrovic. Dengan adanya VAR insiden seperti itu pastinya dijangka akan dinilai dengan lebih baik.
Soucek langsung tak berniat dan tidak ada menunjukkan sebarang usaha untuk mengasari lawannya. Dia cuma membetulkan kedudukan badannya.
Namun Mitrovic dengan dramatik terjatuh ke tanah dengan memegang wajahnya dan Lee Mason – yang bertugas VAR – memberitahu Dean untuk melihat kejadian itu.
Dean melihat monitor selama hampir dua minit sebelum kembali ke padang dan melayangkan kad merah kepada Soucek, yang memprotes bahawa dia tidak bersalah.
Soucek dan Mark Noble sama-sama berusaha meyakinkan Dean bahawa ini hanyalah insiden tak sengaja dan sangat soft. Sementara bos Hammers, David Moyes kelihatan sangat terkejut di garisan tepi padang.
“Saya berasa malu kepada siapa pun yang bertugas di VAR malam ini,” kata Moyes kepada BBC Sport sebaik tamat perlawanan.
“Sudah jelas bagi semua orang bahawa itu tidak sengaja. Saya benar-benar malu mereka memilih untuk menyingkirkannya dari padang. Kami mahu mereka mengambil keputusan dengan betul. Ini adalah keputusan yang teruk dan kami tidak dapat berbuat banyak.
“Tidak adil bagi budak tu. Saya yakin mereka akan mendapat alasan yang cukup untuk membenarkan alasan untuk membuang padang pemain kami.”
Lihat sendiri insiden itu di sini:
Soucek got a red for this 😭 pic.twitter.com/qZBJfknPnf
— We will beat Cancer (@KTcancer21) February 6, 2021
Namun selepas West Ham membuat rayuan, mereka berjaya menukar semula keputusan tersebut.
Bermakna pemain tersebut boleh kembali beraksi seperti biasa. Soucek gembira dengan berita tersebut dan berkata:
“Saya gembira kad merah saya menentang Fulham ditarik balik. Saya sudah menyemak, saya sudah bermain 200 perlawanan tanpa sebarang kad merah dalam seluruh karier saya.”
“Saya sudah tak sabar untuk membantu pasukan ini beraksi dalam perlawanan penting minggu ini. Terima kasih atas sokongan anda.”
Walaupun gembira dengan kad merahnya dibatalkan, Soucek tetap kecewa mendengar Mike Dean mendapat banyak ugutan, ancaman termasuk ugutan bunuh ke atasnya.
Mike Dean memohon untuk berehat daripada mengendalikan perlawanan minggu ini, kerana ugutan yang sangat banyak diterimanya.
Mike Dean has asked not to officiate a Premier League game this weekend after receiving online abuse and death threats after handing out two controversial red cards.
— Sky Sports (@SkySports) February 8, 2021
Soucek menganggap perbuatan mengugut pengadil itu adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.
Soucek menzahirkan sokongannya kepada Mike Dean dan keluarganya.
“Apa sahaja keputusan yang dibuat di atas padang, sepatutnya habis atas padang.”
“Saya tak suka mendengar ia melibatkan kehidupan peribadi. Dan saya ini menzahirkan sokongan saya kepada Mike Dean dan keluarganya. Tiada ruang untuk serangan dan yang berkaitan.”
“Benda dah berlaku dan sekarang saya fokus kepada baki musim ini.”