Kaedah Khas Mourinho Rekrut Pemain Di Porto Sehingga Singkirkan United Dan Jadi Juara Eropah

Jose Mourinho pernah mendedahkan corak scouting dan rekrut dengan kaedah khas mereka gunakan untuk membina pasukan juara Portugal dan Eropah.

Dalam satu siri Dokumentari Netflix iaitu The Playbook, Jose Mourinho ketika itu menggunakan pendekatan yang luar biasa untuk membina Porto dari tempoh suram.

Jose: “Salah satu kriterianya adalah profil psikologi pemain.”

Mourinho tidak mahu menghabiskan wang untuk membeli bintang antarabangsa untuk dibawa masuk ke dalam pasukannya. Sebaliknya Mourinho mencari pemain di liga kelas bawahan yang dianggap berlian yang belum digilap.

Mourinho dilantik menjadi pengurus Porto selepas pengurus terdahulu gagal memberikan impak dan pasukan berada dalam tempoh sukar.

Mourinho berkata: “Penyokong tidak akan menukar kelab, namun mereka akan rasa hilang cinta kepada kelab. Jadi kami perlu memikat hati mereka kembali.”

Bercakap soal rekrut pemain, Jose Mourinho mencari pemain yang ada hati untuk menjadi sebahagian daripada DNA kelab dan diperakui penyokong tempatan sebagai ‘orang kita’.

Lalu Mourinho mencari bakat di liga bawahan. Mencari pemain yang tiada kaps antarabangsa.

“Kami nak pemain tempatan dengan perasaan yang mendalam untuk kelab. Di mana orang [penyokong Porto] akan berkata: Inilah orang kita. Pemain yang memiliki naluri berdaya saing, agresif, pengorbanan.”

“Kami perlu membuat pengambilan khas daripada kelab kelab lebih kecil. Dan itu sangat penting kerana tunjangnya akan menjadi teras kepada pembentukan pasukan. Orang daripada kalangan mereka. Dan kami dapat pemain tanpa trofi, dan tanpa pengalaman antarabangsa.”

“Kami bukan pasukan bintang filem.”

“Pasukan ini tidak memnentingkan diri sendiri. Saya berikan contoh, satu situasi di mana ada dua calon kapten untuk pasukan. Dan mereka saling mahu memberikan captaincy kepada satu sama lain.”

“Mereka berdua ini adalah pemaian tempatan, dua budak tempatan iaitu Victor Baia dan Jorge Costa.”

“Dan kedua duanya seperti, ‘Saya rasa kamu patut jadi kapten. Saya tak nak jadi kapten sebab kamu adalah kapten lebih baik. Tak! Saya rasa kamu lebih baik daripada saya.”

“Apabila saya mendengarnya, saya tak perlu risau dah. Kerana hubungan tu sudah ada di sini, mereka sudah sedia untuk melakukan apa sahaja. Jadi mereka berusaha berhabis habisan.”

“Perlahan demi perlahan berlaku evolusi. Di Porto, para peminat sukakan pemain yang berkerja keras. Mereka rasa pasukan kami kini ada kualiti persaingan yang mendalam dan keinginan yang buas untuk menang.”

“Dan kemudian, barulah saya rasakan bahawa mereka [penyokong] jatuh hati semula kepada pasukan kami.”

“Gelanggang kami menjadi kubu kuat. Selepas 2 tahun bermain di Liga Portugal, Piala Portugal, UEFA Cup [UEL hari ini], UCL – kami tak kalah walau satu perlawanan pun di gelanggang sendiri.”

“Saya rasa ini adalah kerana profil pasukan!”

“Untuk membawa kelab itu, dari dalam negara ke tahap yang lain adalam momen yang sangat istimewa.”

“Pada 2003, Porto mara ke Liga Juara Juara Eropah. Kami adalah salah satu pasukan terbaik di Portugal, namun kami bukan dalam kalangan yang terbaik di Eropah.”

“Dan apabila kamu bukan pasukan terbaik, tiada pemain terbaik, maka strategi terbaik kamu adalah cita cita untuk menang.”

Berdepan pasukan terbaik eropah

Ketika cabutan kalah mati UCL 2003/04, Mourinho menyatakan bahawa para pemainnya pasti kecewa kalau diundi menentang Manchester United. Maka beliau cuba mewujudkan atmosfera agar semua orang mahu berdepan dengan Manchester United.

“Kami semua duduk bersama sekali lagi untuk menonton sesi undian Liga Juara Juara Eropah ketika itu.”

“Manchester United adalah pasukan terbaik. Dan saya fikir, jika kami dapat undian sekumpulan dengan Manchester United, pemain pemain saya akan kecewa. Sebab Porto antara pasukan paling mudah ditentang.”

 

 

“Jadi saya perlu mewujudkan suasana, agar kesemua orang mahukan Manchester United.”

“Oleh kerana saya membuat keputusan seperti itu, kami sangat hebat. Pasukan kami sangat agresif dan benar benar mahu mengalahkan lawan kami.”

Hasilnya Porto menang 2-1 ke atas Man United dalam pertemuan pertama mereka di tempat sendiri. Dan kini Jose Mourinho mahu pemainnya ada semangat bahawa mereka boleh mengalahkan Manchester United di Old Trafford.

Porto bertandang ke Old Trafford dengan harapan dapat membuat salah satu kejutan terbesar dalam UCL dengan menyingkirkan Man United dari kalah mati.

“Kami perti ke Manchester dengan psikologi dalaman dan merasakan bahawa tiada pasukan Portugis yang pernah menang kalah mati di tanah Inggeris. Dan sudah tentulah Manchester United sangat yakin. Selepas 25 minit perlawanan merekja menjaringkan gol. Ianya adalah saat sangat sukar.”

“Saya banyak berfikir, sama ada saya harus mengambil risiko terlalu awal? Tidak! Saya hanya akan mengambil risiko pada masa yang sesuai. Kalau kami menjaringkan gol, kami akan mara.”

“Kami perlu mencari detik terbaik untuk menjadi agresif.”

“Kadangkala kamu rasa stadium besar sedang berubah. Kamu merasai kebingitannya berbeza. Jika mereka perlu menjaringkan gol, stadium akan menjadi sangat bising mendorong pasukan mereka.”

“Apabila penyokong merasakan kedudukan adalah bagus untuk mereka. Tetapi mereka ada sedikit gentar. Dan Manchester United ketika itu berada dalam fasa kesunyian itu.”

“Dan kesunyian itu memberitahu saya bahawa mereka lebih defensif berbanding ofensif. Mereka sedang mengawal masa. Maka inilah masanya di mana budak milo pun [ibarat] pulang ke rumah. Jika bola keluar, tiada siapa yang mengambilnya.”

“Inilah masanya di mana pemain pemain berpengalaman akan melakukan foul untuk melengahkan masa.”

“Saya sedar mereka takut melakukan kesilapan. Jadi, apabila momen seperti ini bermula, kami mulai mengambil risiko dan mara [dengan ramai pemain]. Dan menghadapi ketakutan itu dengan keberanian yang tinggi dan keagresifan yang luar biasa.”

“Jadi kami mulai mara, menyerang dan terus menyerang.”

“Minit ke-90, sepakan percuma terus.”

“Saya tahu itu adalah peluang terakhir kami. Kamu perlu percaya bahawa kamu boleh mengalahkan pasukan terbaik di Eropah. Kami perlu hadapi saat ketakutan seperti ini dengan keberanian.”

” Kamu boleh lari, boleh bersembunyi atau serang mereka!”

Sepakan percuma Benny McCarthy ditepis Tim Howard, namun Costinha pantas menyambarnya untuk memberikan gol kemenangan secara agregat.

“Dia [Costinha] menjaringkan gol kemenangan dan ianya luar biasa.”

Porto terus mara ke final dan menjadi juara UCL pada musim tersebut.

Dalam kariernya Jose Mourinho sudah memenangi banyak trofi. Dan dia sedar ramai yak sukakan karakternya. Namun Mourinho berkata: “Saya tak percaya kamu akan menang dengan orang yang baik.”

Baca yang lain