Kaedah TOTAPS Dalam Berhadapan Kecederaan Ketika Bersukan Yang Korang Kena Tahu

Kecederaan ketika bersukan amatlah biasa bagi manusia terutama pada atlet ketika menjalankan aktiviti yang berintensiti tinggi.

Kebanyakan sukan tidak akan terlepas daripada kecederaan. Atlet mendapat kecederaan bergantung pada pelbagai aspek mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut.

Seperti anda lihat apa-apa perlawanan sukan tidak kiralah perlawanan bolasepak, ragbi, ataupun hoki sekalipun semestinya pegawai perubatan wajiblah ada bagi setiap pasukan.

Tetapi adakah anda tahu apa mereka perlu lakukan apabila pemain pasukan cedera dan apa langkah-langkah yang perlu dilakukan pada pemain tersebut?

Tidak hairan juga ada pasukan di negara kita hanya mengambil staf biasa seperti JPAM berbanding melantik satu pasukan medik dengan pegawai perubatan bagi mengurangkan kos pasukan tersebut.

Pernahkah anda terfikir apa perkara pertama yang akan dilakukan oleh pegawai perubatan pasukan tersebut apabila pemain mereka cedera di tengah padang?

Apakah yang perlu dilakukan pada pemain? Berkaitan dengan medik ni memang besar. Kalau nak ceritakan tentang kecederaan memang banyak sebenarnya tetapi untuk artikel ini kita hanya beritahu apa peranan pegawai perubatan bila player injured.

Apabila berlakunya pemain cedera, perkara pertama mereka lakukan adalah TOTAPS iaitu Talk, Observe, Touch, Active Move, Passive Move, dan Skill.

TOTAPS

Talks (bercakap)

Pertama sekali, kita akan membuat Talk di mana kita akan bertanyakan pada pemain atau atlet tersebut yang cedera. Tanyakan bagaimana berlakunya cedera itu? Sakit di bahagian mana? dan sebagainya.

Situasi ini perlu pada pegawai kerana ianya boleh membantu mereka mengetahui serba sedikit bagaiman kecederaan berlaku dan juga dapat menenangkan pada pesakit tersebut.

Observe

Selepas pemain memberi response kepada pegawai, mereka perlu Observe kepada atlet tersebut.

Mereka perlu lihat keadaan pemain mereka dan beri perhatian kepada pernafasan dan sebarang perubahan denyutan nadi sama ada normal atau abnormal.

Jikalau situasi di mana kecederaan berlakunya pendarahan pada pemain, lihat pendarahan tersebut adakah ianya teruk dan pada masa sama lihat wajah mangsa adakah pucat, terkejut atau sedang menahan kesakitan.

Selain dari pendarahan, mereka juga perlu perhati adakah terdapat inflamasi pada kecederaan, adakah pemain tersebut mengalami sakit kepala, pening, loya dan muntah.

Selepas observe pada kesan kecederaan atau pendarahan tersebut, barulah mereka mula melakukan perawatan.

Touch

Ketika melakukan perawatan, semestinya pegawai perlulah untuk menyentuh (Touch) tempat kecederaan tersebut.

Antara tujuan Touch ini adalah untuk pegawai mentafsirkan tahap kecederaan yang dilalui oleh pemain tersebut.

Dan jika ada cedera parah pada anggota tersebut perlulah meminimumkan pergerakan untuk mengelakkan daripada apa-apa risiko berlaku pada pemain tersebut.

Melalui sentuhan inilah, mereka dapat mengetahui dan merasai keadaan kecederaan tersebut adakah terdapat sesuatu yang tidak normal pada bahagian tercedera dan di luar bahagian yang tidak cedera dengan melakukan secara berhati-hati.

Active movement

Di sini di mana mereka ingin mengesan tahap kecederaan tersebut, Pemain tersebut perlu melakukan pergerakan atau pegawai akan menggerakkan angota yang cedera tersebut dengan berperingkat sehinggalah pemain tersebut mula berasa sakit di bahagian yang cedera.

Passive movement

Sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi tidak dapat digerakkan (Passive Move), ini menunjukkan kecederaannya adalah serius dan perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Skills

Yang terakhir adalah Skill.

Prosedur terakhir ini adalah langkah terakhir untuk pemain lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian anggota yang tercedera untuk mengetahui pemain boleh meneruskan untuk melakukan aktiviti ataupun tidak.

Mereka perlu mengulangi pergerakan seperti diarahkan oleh pegawai perubatan untuk beberapa kali untuk memastikan keadaan pemain tersebut.

Jika pemain masih berasa sakit selepas melakukan rawatan, pemain perlu ditukar dan pegawai akan memaklumkan pada pasukan mereka untuk memaklumkan perkara tersebut.

Nota Editor: Artikel ini sumbangan Zan Mohd, merupakan peminat tegar John Terry dan juga Nur Sajad dan mahu menjadi usahawan dalam bidang perniagaan bengkung.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil